"Sebaik-baik sedekah adalah mempelajari seseorang Islam akan ilmu, kemudian mengajar ilmunya itu kepada Saudara Islam yang lain" (Riwayat Ibnu Majjah)
Rabu, Julai 28, 2010
Perfect roast chicken
perfect roast chicken- ambik dari kawan
main courses | serves 4 - 6
Having learnt the things I’ve learnt about chickens over the last few years, of course I’m going to suggest that you buy free-range or organic. But if you’re a little tight for cash, the RSPCA Freedom Food chickens are very good and available in all good supermarkets.
To prepare your chicken
• Take your chicken out of the fridge 30 minutes before it goes into the oven
• Preheat your oven to 240°C/475°F/gas 9
• There’s no need to peel the vegetables – just give them a wash and roughly chop them
• Break the garlic bulb into cloves, leaving them unpeeled
• Pile all the veg and garlic into the middle of a large roasting tray and drizzle with olive oil
• Drizzle the chicken with olive oil and season well with salt and pepper, rubbing it all over the bird
• Carefully prick the lemon all over, using the tip of a sharp knife (if you have a microwave, you could pop the lemon in these for 40 seconds at this point as this will really bring out the flavour)
• Put the lemon inside the chicken’s cavity, with the bunch of herbs
To cook your chicken
• Place the chicken on top of the vegetables in the roasting tray and put it into the preheated oven
• Turn the heat down immediately to 200°C/400°F/gas 6 and cook the chicken for 1 hour and 20 minutes
• If you’re doing roast potatoes and veggies, this is the time to crack on with them – get them into the oven for the last 45 minutes of cooking
• Baste the chicken halfway through cooking and if the veg look dry, add a splash of water to the tray to stop them burning
• When cooked, take the tray out of the oven and transfer the chicken to a board to rest for 15 minutes or so
• Cover it with a layer of tinfoil and a tea towel and put aside. Now is the time to make your gravy
To carve your chicken
• Remove any string from the chicken and take off the wings (break them up and add to your gravy for mega flavour)
• Carefully cut down between the leg and the breast
• Cut through the joint and pull the leg off
• Repeat on the other side, then cut each leg between the thigh and the drumstick so you end up with four portions of dark meat
• Place these on a serving platter
• You should now have a clear space to carve the rest of your chicken
• Angle the knife along the breastbone and carve one side off, then the other
• When you get down to the fussy bits, just use your fingers to pull all the meat off, and turn the chicken over to get all the tasty, juicy bits from underneath
• You should be left with a stripped carcass, and a platter full of lovely meat that you can serve with your piping hot gravy and gorgeous roast veg
Isnin, Julai 19, 2010
Resepi Chicken Chop & Potato wedges
MENU KANAK-KANAK DI BIRTHDAY IMTIYAZ
Drpd Ummuqayyim
CHICKEN CHOP
Paha ayam buang tulang @ beli ayam yg utk chicken chop
perap dengan sos Lea perrin, paprika, lada sulah dan garam secukup rasa.
Tepung gandum
telur
Serbuk roti
cara2nya. Bedakkan ayam ngan tepung gandum
celup dalam telur
akhir sekali ceup dalam serbuk roti
dan goreng di dalam minyak yang panas kemudian perlahankan api hingga ayam kekuning-kuningan. toskan dalamkertas penyerap minyak yg telah dironyokkan
POTATO WEDGES
Kentang USA/russet potato
sedikit garam
basuh kulit rebus hingga 3/4 masak (Jgn Buang kulit)
biar sejuk dan potong memanjang
Batter untuk kentang
200gm tepung gandum
25gm tepung berperisa (tepung goreng ayam adabi)
150ml air
sedikit garam halus
1 sudu besar paprika
Bancuh semua ini seperti tepung utk goreng pisang
celup kentang dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga masak.
SELAMAT MENCUBA
Video ulangtahun kelahiran Imtiyaz yang ke-5
11 Julai 2010 Aqil Imtiyaz telah menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-5. Semoga menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan di akhirat.Majlis dibuat secara sederhana dengan menjemput kawan-kawannya yang tinggal berdekatan sahaja. Tahun lepas buat sambutan di sekolah. Tapi tahun ni Umi rasa kita buat di rumah dengan bertemakan Garden Party. Semua ini dilakukan untuk menggembirakan anak-anak. Persiapan secara ringkas dibuat. Malam sebelumnya Imtiyaz dan wajdi sendiri menyediakan Goody Bag untuk kawan-kawan. terdapat alat tulis dan makanan ringan untuk kanak-kanak. Umi dengan bantuan Tok & abah menyiapkan Muffin coklat dan Aiskrim perisa Strawberry.
Keesokan harinya Qayyim membantu meniup belon untuk digantung menghiasi ruang makan.
Umi dengan bantuan bibik menyiapkan menu untuk majlis ini. Menunya menu kanak-kanak seperti spaghetti, mushroom soup, chicken chop, wedges, muffin, aiskrim & Kek birthday padang bola. sempena Final worldcup.
Majlis bermula jam 3.30 ptg, dengan kawan-kawan menyanyikan lagu birthday dan acara memotong kek. sebagai tanda penghargaan Imtiyaz dibantu oleh Wajdi menyampaikan goody beg sebagai kenangan untuk kawan-kawan.
Kemudian semua menjamu selera. turut hadir kakak, ibu, kawan-kawan rapat umi dan jiran tetangga. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang hadir.
Sabtu, Julai 17, 2010
Rabu, Julai 14, 2010
Selasa, Julai 06, 2010
Peristiwa Isra' Mikraj
Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.
Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj
Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).
Peristiwa Isra' Mikraj
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH...
Pada setiap tanggal 27 Rejab tiba , kita akan selalu teringat suatu peristiwa yang sangat luarbiasa , yang terjadi sejak 15 abad yang silam, iaitu peristiwa perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. di waktu malam dengan menaiki buraq dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, terus naik ke langit ke tujuh sampai ke Sidratul Muntaha. ,peristiwa ini lebih dikenali dalam masyarakat kita hari ini iaitu ‘ Peristiwa Isra’ dan Mikraj”
Hebatnya peristiwa ini sehingga mengundang sebahagian dari kaum Muslimin setiap pelusuk negara kita memperingatinya dengan mengadakan pelbagai kegiatan khususnya di masjid-masjid, surau-surau, sekolah atau pusat pengajian tinggi dan sebagainya semata-mata untuk meraikan sambutan peristiwa bersejarah ini.
Peristiwa Isra’ dan Mikraj terjadi Cuma sekali sepanjang sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w. Satu setengah tahun sebelum berhijrah ke Madinah perkara yang berlaku ini terjadi kepada diri seorang manusia maksum dan sungguh luarbiasa sehingga tidak semua orang meyakini kebenarannya , kecuali orang yang benar -benar beriman, yang mendapat hidayah dari Allah s.w.t.
Bagi orang yang beriman kepada keesaan Allah dan hari Kiamat, ia menerima dengan hati yang terbuka dan pasrah, diterima kerana merupakan satu perkara yang logik,apatahlagi peristiwa itu dihubungkan sebagai salah satu mukjizat Nabi Muhammad s.a.w., maka tidak ada masalah yang perlu diragui. Yang jelas kebenaran peristiwa ini tidak mesti sesaui dengan hukum alam dan logik akal manusia, tanpa juga mempercayai secara jasad dan roh, kecuali setelah diperoleh bekas-bekas yang nyata dari peristiwa tersebut. Kita juga mesti beiman deng Isra’ dan Mikraj iaitu ada perintah kewajipan menunaikan solat lima waktu. Kewajipan inilah yang menjadi pokok keimanan dan hendaklah dikerjakan bersungguh-sungguh serta tidak meninggalkannya.
Semasa perjalanan Nabi Muhammad bersama Jibril menuju ke Sidratul Muntaha mereka bertemu dengan para nabi terdahulu di setiap langit seperti Nabi Adam, Nabi Yahya dan Nabi Isa, Nabi Yusuf dan Nabi Idris alaihima salaam, Nabi Harun , Nabi Musa dan Nabi Ibrahim. Kemudian meneruskan perjalanan sampai ke suatu tempat yang bernama ‘Sidratul Munhata’ iaitu suatu kumpulan bintang -bintang terakhir dan tertinggi , letaknya sangat jauh di luar ‘ susunan tujuh langit’ yang disebut tadi, kemudian meneruskan perjalanan lagi ke suatu tempat bernama ‘Baitul Makmur’ suatu kumpulan bintang sesudah Sidaris ( Sidratul Muntaha).Di tempat inilah Nabi Muhammad menerima perintah wajib solat yang pada mulanya perintah itu sebanyak 50 kali sehari semalam. Tetapi atas nasihat Nabi Musa, Nabi Muhammad memohon kepada Allah agar dikurangkan , kerana beliau khuatir kalau-kalau umatnya tidak mampu melaksanakannya kelak. Allah s.w.t. mengurangkan sampai 5 kali sehari semalam.
Hikmah dan tujuan utama peristiwa Isra’ dan mikraj adalah agar umat Islam mewujudkan hubungan dengan Allah yang juga disebut dengan istilah ‘Solat”, sebagai suatu ibadah utama yang wajib dikerjakan 5 kali sehari semalam, sesuai dengan tata cara dan tata tertib yang digariskan oleh Rasulluh s.a.w. pada masa hayatnya yang diterima secara langsung bukan sebagaimana biasa melalui wahyu.
Ia juga sebagai memperlihatkan kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t, dimana waktu itu bangsa Arab masih banyak yang mengingkari kebenaran ajaran Allah yang disampaikan nabi untuk , menjelaskan kejadian in adalah suatu pekerjaan yang berat supaya mereka dapat meyakini dam mengerjakannya secara ikhlas, semestinya keadaan itu disertai dengan peristiwa luar biasa yang disebut sebagai mukjizat.
Antara sebahagian kejadian yangditunjukkan kepada nabi dimana semasa baginda manjalani peristiwa ini, manusia diazab dengan cara memotomg lidah sendiri kerana dosa yang dilakukan semasa hidup didunia disebabkan terlalu suka mengumpat, mencela dan mencaci orang lain, Rasulullah juga ditunjukkan bagaimana seorang yang mengangkat kayu api walaupun dia sudah tidak mampu memikulnya dia masih menambah beban itu sehingga membinasakan dirinya sendiri. Keadaan ini tidak terkecuali masih terjadi dalam masyarakat kita dengan menerima bebanan amanah sedangkan mereka sudah tidak mampu memikulnya. Begitu juga diperlihatkan kepada beliau terhadap mereka yang mengingkari, serta tidak mahu melaksanakan sembahyang dengan dirantai dengan besi yang dinyalakan api melingkari tubuh mereka dan betapa siksanya mereka ketika itu.
Yang menjadi agenda utama sempena peristiwa ini adalah perintah wajib sembahyang lima waktu sehari semalam, baik untuk peribadi nabi s.a.w. mahupun untuk umatnya dengan waktu yang telah ditetapkan….
Betapa pentingnya sembahyang di dalam kehidupan seseorang Muslim , maka marilah kita tanamkan pendidikan Islam secara umum dam pendidikan agama secara khusus kepada anak-anak kita . Kita mesti ada perancangan terutama yang berkaitan masa depan anak-anak dengan dibekalkan mereka dengan pengajaran agama, supaya nanti mereka tidak lupa dan salah faham mengenai agama Islam, tidak lagi yang tidak tahu Rukun Islam dan Rukun Iman dan ia akan menyedarkan mereka untuk menguasai seluruh kehidupan dengan amalan baikdan sempurna.
Jadikan pengajaran dan iktibar dari peristiwa Isra’ dan Mikraj sebagai langkah untuk membersihkan serta membentuk sahsiah diri kita dengan kembali ke jalan Allah dan meninggalkan perbuatan keji yang sia-sia.
Dipetik dari ‘Khutbah Jumaat khas sempena Isra’ dan Mikraj bertajuk menguji iman melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj terbitan JAIS
Ahad, Julai 04, 2010
Resepi Kuih Kaswi
Bahan A
250gm tepung gandum
100gm tepung ubi
Bahan B
100gm gula pasir
150gm gula merah
1 helai daun pandan(disimpul)
sedikit pewarna perang (caramel)@ coklat emulco
700ml air
Bahan B dimasak hingga hancur gula, biar sejuk seketika
Campurkan adunan A dan B sedikit sedikit ,gaul sehingga rata masukkan Sedikit air kapur
Tambahkan 200ml air . Gaulkan sehingga tiada butir2 tepung dalam adunan.
Panaskan periuk kukus, Air 3/4 periuk kukus. Sapukan minyak. panaskan dulang terlebih dahulu.
Tapis dan tuangkan ke dalam loyang
Masakkan 25-30 minit
Bahan C
kukus Kelapa Parut yang digaul dengan garam selama 3-4 minit.
potong kuih dan golekkan di atas kelapa. Siap untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA
Sabtu, Julai 03, 2010
Resepi Serimuka
* Sukatan Untuk dua loyang besar
Bahagian bawah
750 gm beras pulut basuh dan rendam 20 minit
kemudian letakkan campuran
200ml santan + air cukup untuk paras pulut
Sedikit garam halus
Kukus selama 20 minit
****sebelum mencampur pulut dan santan pastikan isi air 3/4 periuk kukus dan panaskan hingga menggelegak terlebih dahulu baru panaskan loyang kemudian sapu minyak
dan baru masukkan pulut dan santan
Setelah pulut masak angkat tekan sehingga padat dan licin
sapukan (bancuhan 3sudu tepung gandum dan sekit air) sebagai gam
kukus 3 minit kemudian
tuangkan Bancuhan kepala dan kukus semula selama 20-25 minit
*****setiap kali membuka penutup lap terlebih dahulu wap yang berada dipenutup sebelum menutup semula
Bahagian atas
2cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1cwn tepung ubi
2 cwn gula
2 cwn santan
4 cwn air
1/2 cwn air pandan
sedikit garam
1 cwn telur
1 sudu teh pewarna hijau
( tambah kalau tak Hijau
1/4 sudu caramel paste
(untuk nampak berlumut)
****Satukan semua gaul then, blend supaya halus
Khamis, Julai 01, 2010
Jangan Biar Rekod Merah oleh Utz Zaharudin
Hutang, hutang, hutang. Ingin berhutang, ingin bayar hutang, dituntut membayar hutang, marah tak dapat hutang, marah tak bayar hutang. Itulah hutang.
Saya telah mengulas serba ringkas berkaitan hutang di artikel-artikel saya yang lalu seperti berikut :-
1. Bahaya Hutang
2. Dharuratkah Bila Bank Islam Menolak Permohonan?
Namun saya ingin tambah satu lagi nasihat dalam kesempatan ringkas ini. Kita semua tahu bahawa dalam dunia ini sentiasa akan terdapat individu yang ingin berhutang kerana keperluan mendesak dan asasi, dan akan sentiasa terdapat individu yang punyai lebihan wang yang mampu menghulurkan bantuan ini.
Dalam dunia moden ini, tugas menyediakan kewangan bagi mereka yang memerlukan ini diambil sebahagian besarnya oleh institusi kewangan yang bernama BANK. Ia adalah satu perkara baru dalam islam, namun tidak ditegah oleh Islam selagi setiap urusannya dilakukan menepati kontrak dan kehendak Islam.
LENGAH DAN TANGGUH
Di kesempatan ini, saya ingin nasihati diri dan rakan-rakan yang mempunyai sebarang bayaran tertangguh dengan pihak Bank ini agar lebih bijak dan ambil berat dalam menguruskan pembayarannya. Ada sebahagian rakan-rakan saya dan pelawat web ini merungut kerana mereka ingin mendapatkan pembiayaan dari bank-bank Islam tetapi ditolak, sedangkan kemampuan dan gaji mereka adalah baik jika dilihat dari kiraan "margin of repayment", iaitu melebihi 50%.
Justeru, apa sebabnya permohonan mereka ditolak juga.?
Jawabnya, ia disebabkan kerana rekod pembayaran hutang-hutang mereka sebelum ini menunjukkan pernah TERSANGKUT atau lambat BAYAR DUA, TIGA, EMPAT BULAN TERLEWAT. Keadaan ini menyebabkan rekod seseorang individu itu menjadi MERAH dan akibatnya bakal menyukarkan ia untuk berurusan mendapat pembiayan dari mana-mana bank Islam seluruh Malaysia. Pihak bank pasti akan menyemak rekod Credit Reference Information System (CCRIS ) yang akan mendedahkan semua rekod dan prestasi anda membayar hutang di semua instutusi kewangan di Malaysia. Anda ingin melihat sendiri rekod prestasi pembayaran hutang anda, anda boleh memohon di sini
Kita tahu, ada antara kita lewat bayar bukan kerana liat, degil dan bukan juga kerana tidak berduit, tetapi kerana kesibukan dan adakalanya juga disebabkan bank itu tidak punyai perkhidmatan pembayaran melalui internet. Pembayaran yang memerlukan kita ke kaunter bank memang amat melecehkan terutamanya jika di Kuala Lumpur. Ditambah dengan jammed, kesukaran parking, beratur dan masa. Hasilnya, adalah rakan-rakan kita yang terlewat bayar 3 bulan atau empat bulan kerana kesibuakan dan kemalasan.
Ingin saya ingatkan, kelewatan itulah yang menyebabkan rekod anda semakin kotor hari demi hari dan akhirnya, permohonan pembiayaan anda di masa hadapan tidak lagi berjaya. Jika berjaya sekalipun, pelbagai syarat akan dikenakan seperti penjamin, ‘rate' yang lebih tinggi, jumlah kelulusan yang lebih kecil dan lain-lain lagi.
Inilah dunia reality perbankan hari ini. Siapa yang miliki rekod bersih, amat mudah menerima pembiayaan, malah adakalanya anda akan diberi ‘rate' istimewa, malah lebih aneh nombor handphone anda akan dihubingi oleh syarikat-syarikat pelancongan dengan pelbagai tawaran menginap di hotel mereka. Pelikkan, bagaimana merekqa ini boleh dapat nombor handphone anda?..jawabnya, pihak bank yang tidak amanah menjual nombor anda (yang dikenalpasti sebagai pelanggan baik dan kelas A) kepada agen-agen ini. Nasihat saya, jika anda mendapat panggilan-panggilan ini, abaikan sahaja.
KESIMPULAN
Tulisan ringkas saya ini bertujuan untuk nasihati diri saya dan anda untuk menjadi seorang ‘good paymaster' terhadap semua hutang-huitang kita di bank khususnya dan kepada rakan-rakan anda, selain mengurangkan sakit kepala anda, ia juga menaikkan nilai anda di mata institusi kewangan dan rakan anda, memudahkan anda untuk mendapat pembiayaan lebih murah di masa hadapan. Malah sebahagian bank Islam akan memberikan anda diskaun atau rebate kerana kehebatan anda membayar dengan kemas.
Justeru, jangan lengah terutamanay jiak anda adalah seorang yang berduit, jika tidak berduit hingga terpaksa tangguh, itu sudah lain kisahnya.
Melewat-lewatkan pembayaran hutang ini hanya merendah martabat diri di mata institusi kewangan dan rakan anda yang memberikan pinjaman.
Jangan lengahkan pembayaran hutang kerana ia adalah satu kezaliman di dalam Islam. Nabi s.a.w bersabda :-
مطل الغنيّ ظلم
Ertinya : "Penangguhan bayar hutang oleh mereka yang berkemampuan adalah satu kezaliman" (Riwayat Al-Bukhari)
Dan dalam sebuah hadis lain Nabi berkata :
لي الواجد ÙŠُØِÙ„ُّ عرضه وعقوبته
Ertinya " bagi mereka, layak dihukum maruah mereka dengan diiklankan kepada khalayak ramai keburukan mereka dalam mu'alamat dan pembayaran hutang , lalu layaklah mereka dihukum"
Ingat-ingatlah sebelum terlupa sehingga tersangkut di akhirat.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/735/101/
Langgan:
Catatan (Atom)