Rabu, Jun 24, 2009

Hadis:Dugaan Menghapuskan Dosa

Hadis :
Dari Abdullah r.a katanya:"Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:"Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk." Jawab baginda,"Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda:"Semoga!" Kemudian sabda baginda pula:"Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya." (Muslim)

Huraian :
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majah

Rabu, Jun 17, 2009

Back to school

Sekolah dah bukak. Sibuk lah sikit. sampai tak sempat nak update blog ni. Banyak la kerja nak kena buat.

Jumaat, Jun 12, 2009

Tat Buah Pic & Muffin Coc.



Nyumy... nyumy...sedaaap tat pic buat hidangan minum ptg utk hidangan my superheroes lepas penat bermain dgn geng depa. Muffin coc. plak tak menjadi sikit mungkin tersalah adjust. Ini semua kuih yang ana ambik dalam internet je.So, saja nak cuba. Bolah tahan jugak.

Train ekspress Langkawi



Selasa, Jun 09, 2009

Kereta api Tanah Melayu (KTM) - Teruja

Hari ini semua keletihan, setelah pulang dari kampung,Alma,Bukit Mertajam. Perjalanan kali ini lain sikit. Biasanya balik ngan kereta tp, abahnye buat keputusan naik train kerana dia nak relek sikit. coz tak payah memandu.Sabtu malam bertolak pulang. My Superheroes biasalah excited betul, almaklum first time naik train. Si Imtiyaz kate naik keretapi John & Thomas yg kat astro ceria tu. Yang Qayyim " Umi Qayyim gelabah la ". Entah apa pasal dia takut lak. Yang Wajdi tak sabar-sabar siap nak turun kat rail lagi. Haiii... segheyau je umi ni memerhatikan gelagat yang sorang ni. Tut Tut... Keretapi dah sampai. Apa lagi kejar le. Kami menaiki gerabak kelas 2. Dah naik tu lega rasanya. masing2 sibuk buka makanan. Hai memang tempat berkelah ke dalam keretapi ni... tidurrrr
Balik kampung memenuhi jemputan kenduri kahwin sepupu abahnye.
Esoknya my superheroes dan sepupu2nya menaiki feri plak. dan berkelah di batu Feringgi. Ini Program bapak2. Ibu2 kat rumah saja. berehat...
Isnin malam balik, train delay 1jam lebih. Anak2 dah ngantuk. Bila train dah sampai. apa lagi naik dan terus tidur sampai lah ke Rawang. Seronok jugak niak train.

Jumaat, Jun 05, 2009

cuti-cuti malaysia

Umi,Abah,Qayyim,Wajdi&Imtiyaz merakam kenangan ketika bercuti kat
* Genting bersama Tok Su Badri&family.
* Melaka bandaraya bersejarah, ikut abah ada program Mahallah kat waterworld.
* Mid valley - tengok Backyard Monster & Dinosaurs
* Genting sekali lagi ngan Tok Jang & family plak.
Seronokkkk.... Nanti jalan lagi tau...

Akibat dosa besar

1. Kurang mendapat taufiq (petunjuk) dari Allah
2. Rosaknya pandangan dan aqal fikiran
3. Terhijabnya diri dari mengenali kebenaran
4. Hati menjadi rosak
5. Rendah sebutan nama di sisi manusia
6. Waktu dalam kehidupan mereka akan terbuang sia-sia
7. Tidak disukai oleh makhluk Allah
8. Hubungan dengan Allah akan renggang
9. Doa akan terhijab (yakni tidak akan dimakbulkan Allah)
10. Hati akan menjadi keras
11. Tidak ada keberkatan pada rezki dan umur.
12. Terhalang dari mendapat ilmu
13. Hidup berterusan dalam keadaan hina-dina
14. Akan dihina atau diperlekehkan oleh musuh
15. Dada sentiasa merasa sempit dan resah (yakni tidak ada ketenangan dan ketenteraman dalam hidup)
16. Diuji oleh Allah dengan teman atau kawan yang jahat.
17. Sentiasa dalam keadaan duka-cita dan kebimbangan.
18. Kehidupan dan rezki menjadi sempit
19. Fikiran sentiasa resah dan tidak tenteram
(Dikutip dari kitab Al-Fawaid, karya; al-‘Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziah, hlm. 67)

Ummu Qayyim's Garden


Hari ni awal-awal ;agi my youngest son Aqil Imtiyaz ajak joging, sejak dua menjak ni dia asyik ajak joging je. Boring dok kat rumah sorang-sorang, abg2 dia qayyim & wajdi pegi kem. So apa lagi, layan je lah dia. setelah kepenatan balik rumah tiba2 rasa nak upgrade my garden. So, pegi nursery beli pokok Bunga 3 Bulan. Memang dah lama minat bunga ni. Apa lagi... pulun la berkebun ngan bantuan maid yulie sampai matahari terpacak atas kepala.Nanti ana ingat nak post la gambar mini garden kat sini.

Rabu, Jun 03, 2009

RESEPI TAT TELUR

SEMPENA CUTI SEKOLAH MY SUPERHEROES PEGI ARABIC AND ISLAMIC AWARENESS CAMP KAT IIUM. SO I RASA LEBIH BAIK I MENCUBA BUAT TAT TELUR NI. MACAM SEDAP JE...JOM LAH SAMA2 CUBA.

TAT TELUR

Bahan Kulit:
500 gm tepung gamdum
11/2 cawan majerin
1 sudu besar lemak sayur/crisco
2 sudu besar gula
1 biji telur

Cara.
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti.
2. Masukkan telur dan gaul rata.
3. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat.
4. Lletakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil
(petty tin) yang sudah digriskan.
5. Cucukan dgn garfu..[hilangkan gelembung angin]
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180C.
7. Keluarkan dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat.
8. Bakar semula 5 minit.
9. Sejukkan dan hidangkan.

Filling Kastad
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudu besar tepung kastad
1/2 s/teh vanilla
sedkit pewarna kuning

Cara:
1. Gaul semua semua bahan perlahan sehingga sebati.
2. Tuangkan keatas kulit tat yg telah dibakar separuh masak
CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.
Letih dah otak ni dok mencipta blog ni. al maklum baru belajar.
My Superheroes. Buat tatapan yang lain. terutama buat bangchaq Irfan, bangcik Hasif & Kiki. Juga tak lupa adik Wirda and dik Nuha untuk melepas rindu pada qayyim, wajdi & imtiyaz...rajin2 la datang ke blog ni.bye.....