Sabtu, Disember 12, 2015

Percutian Musim Salji Ke Korea 2015

KOREA WINTER GETAWAY, DECEMBER 2015
@Travelog musim salju: Incheon-Seoul-Gangwon Do-Gyeonggi do-Busan

Itenarary  kami sekeluarga. 

Rabbi Yassir wala Tu 'assir...amin, Ya tuhan ku permudahkanlah dan jangan menyukarkan...amin

Day 1 ( Selasa )
8.00 – 3.00 pm
                   :  KLIA2 – INCHEON - Anneyeonghasayo
                      Incheon – Seoul by AREX –line 4(biru) to Myeongdong 
                      station. cari exit 7. Lintas jln.

5.30p       : Check in Myeongdong Gueshouse ZZ
      Tel: 82 (02) 37895188, Fax: 82 (10) 87018000      
                 
7.00pm     : Myeongdong night Market & Namdaemun
Day 2 (Rabu )
6.30am      : Myeongdong st – Gangchon st. by Chuncheon ITX
station and it is just 5 minutes walk towards your right.
8.30pm      : Ganchon Rail park(1 jam)
11.00pm   : Gimyeong St – Gapyeong St.
12.30pm   : Nami Island
3.00pm      : Petite France     
bas ke Petite France, sila tunggu di hadapan 7 Eleven. BUKAN opposite 7
Eleven okey. Take noted yang ni. Untuk jumpa 7E, jalan keluar terus
melepasi kawasan parking Nami Island. Jalan lagi sikit, nanti
 akan nampak 7E di sebelah kiri korang.Tiket bas boleh dibeli kat driver
bas. Kalau dari Gapyeong Station tadi korang naik bas, tunjuk saja tiket
yang dah dibeli tadi tu kat driver.

5.00pm      : Cheongpyong St. – Myeongdong St.

Day 3 ( Khamis )
6.00am     : Myeongdong st – Gangbyeon St.
 (Sampai je kat stesen ni , amik Exit 4 , lintas jalan dan masuk ke
 bangunanputih dekat sebelah tu. Bangunan putih ni (Dong Seoul
Bus Terminal) tempat nak beli tiket bus express untuk ke Hoenggye
Bus Terminal. Tiket krw14 500 .Bas paling awal 6.35 pagi dan yang
terakhir 8.05 malam. Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit
dan tiada stop di RnR )

6.30am     : Doegseoul bus station
9.00am     : Honggye bus station
9.30am     : Daegwallyeong sheep farm & Samyang Ranch
                    By Taxi KRW10 000, take name card for return pick up.

1.00pm     :Check in Yongpyong Resort Tower Condominium

715, Olympic-ro, Daegwallyeong, Gangwon, 232-950 South Korea . Tel: 82 (33) 3355757, Fax: 82 (33) 3350160



By taxi, direct from sheep farm /
Hoenggye(횡계) Intercity Bus Terminal -> Yongpyong Resort
Take free shuttle bus from Hoenggye Post Office (next to the terminal) to
Yongpyong Resort  (Bus Schedule: 04:40, 05:20, 06:20, 07:20, 08:00, 08:30,
09:40, 12:00, 14:00, 16:20, 17:40, 18:50, 20:00, 21:00, 23:30)  
 ******alternative; [Shuttle Bus]

Reservation Required (Inquiries +82-2-3270-1230~3)
Roundtrip ₩28,000, One-way ₩15,000 (Travel time: 3 hours

2.00pm     : Cable car to Dragon peak, Yongpyong.
Cable car station, level 2.
4.30pm     : Cable car dragon peak to ypyong (RM40)
5.00pm     : Balik Yonpyong condominium
6.30pm     : Ski at yonpyong ski resort
harga tengahari (12.30) sampai pukul 4.30 petang.
Full set ski : Ski , Ski Pole, Ski Boots = 22000 Won/RM73
Snowboard : Full Set = 27000 Won/RM90
Jacket and Pants = 15000 Won /RM50
Jacket or Pants = 10000 Won/RM33
Lift /Gondola = 57000 Won/RM190
10.30pm  : Balik bilik

Day 4 ( Jumaat )
8.00am  : Check out
8.30am: Winter festival pyeongchang
10.30 am  : Honggye St – Doengseoul St, Seoul
(6.50-7.20-7.50-8.20-8.50-9.20- 9.50-10.25-11.00-11.35-12.10-12.45
:time table bus )

2.00pm     : Gyeongbokgung Palace
Perlu menaiki Subway Line 3 dan turun di Stesen
Gyeongbokgung.Tiba di Stesen Gyeongbokgung . Di sinilah terletaknya
Seoul Metro Art Centre. Macam balai seni lukis la. Landmark dia tiang yang
ada jam tu. Palace.Cari Exit 5  untuk ke Gyeongbokgung Palace.

5.00pm      : Namdaemun market :EXIT 5 ( beli Brooch & souvenir)
turun di Hoehyeon Station, Line 4, exit no. 6.tak jauh pun dari exit no. 6 tu. jumpa gate no. 4 jarak dalam 50m je kot. jalan ke depan lagi..korang akan jumpa kedai kebab ni owner dia orang Romania.Kuar je dari Exit 5, Kak Kiah ala2 tercangak kejap. Dalam direction kata nak ke E-Lengdang ni, kuar je exit belok kanan jalan sikit nampak bangunan kaler hijau oren. kuar je dari Exit 5 tu (exit ni menyenget tau), terus je ke kanan atau dengan erti kata lain ke belakang la. KEDAI BROOCH MURAH 2nd floor ,kedai 209
7.00pm      : Namsan Tower.
direction dr exit Myeongdong subway which is exit 3. Dari situ kne menapak ke arah 7-11 sampai jumpa Hotel Pacific belah kiri pastu jalan straight sampai jumpa cable car station. Nanti dari station tu naik cable car untuk ke tower.selain exit 3 boleh guna exit 2. Sebelah je pun.
7.00pm      : Guesthouse
Day 5 ( Sabtu )
7.00am      : Myeongdong St – Everland
10.00am    : Everland Themepark
8.00pm      : Winter Parade at everland
9.00 pm     : Everland - Myeondong
11.00pm    : Guesthouse

Day 6 ( Ahad )
7.00 am      : Seoul – Busan
11.00 am    : Busan
12.00am    : Check in
Marina Motel Busan Station
20, Chungjang-daero 13beon-gil, Jung-gu, Jung-gu, 48935 Busan, South Korea, Busan, KR
Latitude 35.1068662084334, Longitude 129.0383130311966 마리나 모텔 부산역
20, Chungjang-daero 13beon-gil, Jung-gu, Jung-gu, Busan, 48935, Korea, South
중구 충장대로 13번길 20, 중구, (부산, 48935)
Phone: +821030706007

CHECK IN :2.00PM
A:   1187-21 Choryang 3(sam)-dong, Dong-gu, Busan, South Korea
1.8 km — about 11 mins
http://maps.gstatic.com/mapfiles/transit/iw2/6/walk.pngWalk to Busan Station
About 4 mins
Busan Station
http://maps.gstatic.com/mapfiles/transit/iw2/6/subway.png1호선Subway towards 신평역
8:53pm–8:55pm (2 mins, 1 stop)
Service run by 부산교통공사
중앙역
http://maps.gstatic.com/mapfiles/transit/iw2/6/walk.pngWalk to 86-2 Jungangdong 4(sa)-ga, Jung-gu, Busan, South Korea
About 6 mins
http://mt.googleapis.com/maps/vt/icon/name=icons/spotlight/spotlight-waypoint-b.png&text=B&psize=16&font=fonts/Roboto-Regular.ttf&color=ff333333&ax=44&ay=48&scale=1
86-2 Jungangdong 4(sa)-ga, Jung-gu, Busan, South Korea

1.00pm      : Jagalchi Market, Busan
Untuk ke sini mudah saja. Jagalchi Market terletak berhampiran
Stesen subway Jagalchi, aliran Sinpyeong Line 1. Dari Stesen Jagalchi
keluar ikut .Exit 10. Jalan terus sehingga simpang 4 yang ke – 2
(Jalan terus sehingga jumpa simpang jalan yang kedua. Nampak tak
signboard NH Bank? Lepas tu di simpang yang kedua jalan ke kanan.
Di sebelah kiri simpang ni ada gate Busan International Film
Festival.) Di simpang yang kedua, di sebelah kiri korang boleh
nampak Pintu Gerbang Busan International Film Festival. Dari
simpang tu korang ke kanan dan kira-kira 300 meter darisitu la
Jagalchi Market



3.00pm      : Tangjoengdae Park
Open from 04:00 till 24:00.
Admission is free.
How to get to Taejongdae Park Busan:From Busan station you can take bus No.88 or 101 and get off at Taejongdae Park. The bus journey is around 40 minutes and the bus should come every 10 minutes. When returning you can use the same bus.Selepas aku melawat Jagalchi Market, aku tanya seorang ahjumma. Dia bagitau aku supaya tunggu bas stop,  dan bus stop tu berdekatan dengan stesen Nampo. Aku tak pasti sama ada bas yang aku naik ada melalui stesen subway yang lain, so naiklah bas dari Nampo dong. Untuk ke sana aku menaiki Bas no.8 dari Nampo-dong ke Taejongdae. Harga tiket [cash] sebanyak W1,200. Bas no.8 ni akan berhenti di Taejongdae iaitu last stop untuk trip bas ni.
Taejongdae ni menempatkan banyak tarikan antaranya Tejongsa Temple, Yeongdo Lighthouse, Observation Deck, Gumyongsa Temple dan Taewon Pebble Yard. Template Taejongdae korang boleh dapatkan secara percuma di Tourist Information Office yang terletak berdekatan Kaunter jualan Tiket Danubi.

Untuk melawat tempat ni ada dua pilihan, berjalan kaki kalau korang sanggup atau banyak masa atau naik Train (Danubi). Bagi orang tua macam aku ni, semestinya aku pilih Danubi. Harga tiket Danubi ni murah je, W 1,500/RM5. Turun di hentian terakhir. Observation deck

6.00pm      : Lotte
9.00pm      : Marina Hotel



Day 7 ( Isnin )
6.00 am     : check out
7.30 am     : Airport Busan by Jumbo Taxi
10.30 am  : Busan - KL
                  
KEDUTAAN MALAYSIA DI SEOUL, KOREA

Address: 129 Dokseodang-ro ( Hannam-dong)
Yongsan-gu
Seoul
04419
Republic of Korea
   




Telephone: +82-2-795 9203 (General Line)
+82-2-2077 8600 (General)

Fax: +82-2-794 5488/ 5480
Email: mwseoul@kln.gov.my




GMT: + 9 hrs (1 hour ahead of Malaysia)





Work days: Monday - Friday 9.00 a.m - 5.00pm
Public Holidays: Saturday & Sunday


KUPON YANG KAMI PEROLEHI DARIPADA KOREA TOURISM ORGANIZATION, KL
Semua voucher bernilai RM2000. TQ KTO



Voucher from KTO
VIEW SAMYANG RANCH, DAEGWALLYEONG & EVERLAND, GYEONGGI DO

Ahad, September 07, 2014

KARANGAN SPOT/RAMALAN UPSR 2014 untuk panduan Wajdi. Semoga Sufi Wajdi berjaya memperoleh A dalam semua matapelajaran UPSR 2014



Berjimat-cermat Amalan Mulia 

Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran.

Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah
kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi.

Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh
mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.

Berjimat-cermat juga
mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.

Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.

Di samping itu, amalan berjimat-cermat
juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.





Faedah  berjimat cermat.

            Berjimat cermat merupakan amalan mulia yang dituntut oleh setiap agama. Amalan ini perlulah dipupuk sejak dari kecil lagi. Terdapat banyak faedah jika kita berjimat cermat.

            Antara faedah berjimat cermat adalah dapat melatih diri daripada melakukan pembaziran. Contohnya amalan menabung. Jika seseorang itu selalu menabung, wangnya akan semakin bertambah seperti pepatah “ sedikit- sedikit, lama- lama jadi bukit “ . Wang tabungan tersebut dapat digunakan untuk perkara- perkara berfaedah seperti membeli barangan keperluan atau apabila melangkah ke menara gading kelak.

            Dalam situasi dunia sekarang di mana keadaan ekonomi yang tidak stabil, amalan ini perlulah dititikberatkan. Contohnya jika kita berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik dan air akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk membayar bil bulanan. Wang yang selebihnya dapat disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.

            Di samping itu, berkongsi kenderaan ke tempat kerja juga adalah satu daripada amalan yang dapat menjimatkan kos bulanan. Memandangkan harga bahan bakar yang kian meningkat, amalan ini dilihat dapat mengurangkan perbelanjaan harian. Justeru, dengan berkongsi kereta juga dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan.

            Selain itu, amalan berjimat cermat ini dapat menginsafkan diri akan penderitaan orang lain seperti masalah kebuluran yang dialami oleh penduduk di benua Afrika. Apabila membayangkan penderitaan mereka, sudah pasti kita tidak akan membazir makanan dan minuman yang kita nikmati setiap hari. Jika ada peluang kita juga boleh menyumbangkan sesuatu untuk meringankan penderitaan mereka.

            Oleh itu, marilah kita amalkan sikap berjimat cermat kerana amalan ini menjadikan kita seorang yang bertanggungjawab.  Kita perlu sederhana  dalam setiap perkara kerana membazir itu adalah amalan syaitan.




Cara-cara berjimat cermat  
        
         Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis , barisan panel hakim yangbijaksana , dan hadirin yang saya hormati . Assalamualaikum dan salam sejahterasaya ucapkan .Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan ialahCara-Cara Berjimat Cermat.
Para hadirin yang saya muliakan,
            Dewasa ini,negara mengalami krisis ekonomi yang menyebabkankenaikan harga barangan di pasaran.Oleh itu,pelbagai cara boleh kita lakukan sebagai langkah berjimat cermat. Salah satu daripadanya,kita mestilah merancang perbelanjaan sebelum berbelanja.Dengan ini,kita dapat mengelakkan pembaziran daripada membeli barangan yang tidak penting.
            Selain itu,kita perlu berbelanja mengikut had keupayaan kita.Kita tidak boleh sesekali berbelanja diluar kemampuan ekonomi yang kita ada.Ibarat kata pepatah,Ukur baju dibadan sendiri.
            Kita juga jangan sesekali mudah terpengaruh dengan promosi penjualan mega dan jualan murah yang ditawarkan oleh gedung-gedung perniagaan.Kerghairahan berbelanja boleh menyebabkan kita mengalami masalah kewangan dan terpaksa memikul hutang.
             Pepatah melayu ada mengatakan,Sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit. Pepatah ini mengingatkan kita supaya mengamalkan sikap berjimat cermat melalui amalan menabung.Wang tabungan kita boleh digunakan pada masa yang akan datang.
            Sebelum mengundur diri,saya ingin menegaskan bahawa amalan menabung patut dilakukan oleh semua masyarakat Malaysia.Amalan ini juga dapat membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi sesebuah negara.  



Kepentingan Internet
Internet merupakan satu sistem komunikasi yang menyampaikan maklumat di seluruh dunia. Sistem ini boleh diperolehi melalui komputer yang disambungkan melalui taliantelefon, sistemwifidan juga melalui modem. Dalam dunia yang serba moden kala ini, seluruh masyarakat dunia berluma-lumba untuk belajar dan memiliki talian internet sendiri di rumah.

Melalui internet, kita boleh menerima maklumat dengan cepat. Dalam erti kata lain, segala-galanya berada di hujung jari dalam dunia berteknologi tinggi dewasa ini. Dengan hanya satu klik, kita boleh mengetahui perkembangan luar negeri, serta perkembangan isu semasa di Negara kita. Dengan itu, tidaklah kita menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Sebagai pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan akan menduduki peperiksaan UPSR, Internet sememangnya satu kemudahan pembelajaran yang tidak dapat disangkal lagi keberkesanannya. Dengan adanya kemudahan internet sendiri di rumah, para pelajar dapat mengakses apa-apa    sahaja maklumat yang mereka perlukan dengan cepat dan jelas tanpa perlu bersusah payah untuk menyelak helaian buku rujukan yang tebal dan memeningkan kepala. Secara tidak langsung, suasana pembelajaran menjadi sesuatu yang menyeronokkan.

Selain mengakses maklumat melalui enjin carian, terdapat banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dengan internet. Antara kegunaan internet yang lain adalah mencari dan memainkan muzik pilihan kita sendiri, menonton siaran televisyen melalui internet, menyertai laman sosial untuk menambahkan kenalan dan banyak lagi.  

Selain membawa kebaikan, internet juga membawa keburukan terhadap penggunanya. Keseronokan melayari internet akan membuatkan kita lupa untuk memperhatikan masa. Apatah lagi sekiranya kemudahan internet ini disalahgunakan untuk kepentingan sendiri seperti menaik dan memuatturunkan gambar-gambar lucah, mencari dan mendengar lagu-lagu berbentuk rock dan blackmetal. Selain itu, kelekaan para pelajar dalam melayari laman sosia ljuga bakal memberi kesan buruk terhadap mereka sendiri. Keseronokan mendapat rakan baru di alam maya dan keseronokan berchatting bisa membuatkan mereka lupa untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru.

Sebagai kesimpulannya, penggunaanperkhidmatan internet membawa kebaikan dan keburukan terhadap para penggunanya. Oleh itu, sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran, kita sendiri harus bijak menilai baik dan buruk sesuatu perkara.


KEBAIKAN INTERNET
Informasi amat penting dalam era moden ini. Sesiapa yang menguasai dan memiliki banyak informasi maka merekalah yang paling berkuasa. Oleh itu, manusia berlumba-lumba mengejar informasi. Sumber informasi paling mudah diperoleh melalui sistem perhubungan yang tiada hadnya atau lebih popular dengan istilah Internet.

     Internet amat berguna dalam usaha kita menambahkan ilmu pengetahuan. Selain ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru di dalam bilik darjah, kita boleh melayari Internet untuk mendapatkan informasi tambahan. DEngan informasi tambahan kita akan lebih berjaya berbanding pelajar-pelajar lain yang hanya bergantung kepada buku teks. Terdapat banyak laman web yang sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah seperti Portal Pendidikan Utusan Malaysia dan tutorial.com.my.

     Dengan adanya Internet, urusan permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi juga bertambah mudah. Selain daripada data terperinci tentang kursus-kursus yang ditawarkan, pelajar-pelajar juga boleh mengisi borang permohonan secara talian terus. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar tidak perlu menunggu akan keputusan permohonan kerana mereka boleh menyemaknya dengan melayari Internet.

     Pendek kata, memang banyak kelebihan yang diperoleh apabila kita mahir menggunakan Internet. Kita mestilah berusaha untuk meraih segala peluang yang ada kerana yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.









Kebaikan internet
KEMUDAHAN internet membolehkan seseorang itu mengakses maklumat secarat tepat dan mudah. Keistimewaan ini hanya akan tercapai jika segala peraturan menggunakan internet seperti yang dinyatakan pada penulisan yang lepas dipatuhi. Sebagai seorang murid kemudahan dan peluang ini haruslah digunakan sebaik mungkin untuk membantu meningkatkan lagi mutu pembelajaran.
Di antara kebaikan menggunakan internet adalah seperti berikut:

Himpunan Maklumat: Ruang dalam internet tidak ada hadnya. Oleh itu banyak maklumat dapat diakses dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, segala maklumat harus dibuat penapisan bergantung kepada sumber perolehan maklumat tersebut. Jika sumber maklumat itu datangnya dari sumber yang tertentu seperti dari pihak kementerian, jabatan, atau sumber yang sahih maka maklumat tersebut bolehlah digunakan sebagai bahan rujukan. Disebaliknya jika terdapat keraguan, maka pencarian maklumat di sumber yang lain harus diteruskan lagi.

Kebebasan tempat akses: Melalui internet maklumat dapat diakses di mana- sahaja dan bukan lagi hanya terbatas di sekolah atau di rumah. Sewaktu dalam perjalanan di lebuhraya contohnya kita boleh mengakses internet secara percuma di hentian-hentian rehat di mana kemudahan untuk mengakses maklumat ini disediakan oleh pihak TMnet. Malah buat masa ini di kawasan-kawasan tertentu pihat syarikat telekomunikasi telah menawarkan perkhidmatan di mana internet dapat diakses di kawasan terbuka tidak kira di mana kita berada. Ini membolehkan kita mengakses maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Penambahan maklumat terkini: Setiap hari ilmu semakin bertambah. Murid yang cemerlang harus menguasai pelbagai ilmu. Bahan-bahan yang terkini harus dijadikan bacaan agar kita tidak ketinggalan. Bahan-bahan berbentuk cetakan seperti buku teks mungkin tidak mampu memuatkan bahan-bahan terkini. Oleh itu internet adalah saluran yang mampu mendapatkan maklumat terkini untuk dijadikan rujukan serta penambahan ilmu pengetahuan.

Peluang sudahpun ada hanya tindakan sahaja yang diperlukan. Tidak ada lagi sebab untuk dijadikan alasan kenapa kita tidak boleh mendapatkan maklumat. Segala maklumat adalah dihujung jari kita tetapi tanpa usaha, segala ilmu yang berada di hujung jari itu akan jatuh berkecai. Oleh itu bertindaklah sekarang sementara nasi belum menjadi bubur!. Usaha tangga kejayaan.



FAEDAH MEMPUNYAI RAMAI RAKAN


 “berkasih biar satu, berkawan biar seribu”. ini jelas menunjukkan bahawa kita digalakkan berkawan dengan seberapa  ramai  yang mungkin. Apabila kita mempunyai ramai  kawan, hidup kita tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung atau sebatang kara..Orang yang tidak mempunyai ramai kawan atau tidak suka berkawan, mereka akan dikatakan sebagai kera sumbang. Sebenarnya, banyak faedah yang akan kita peroleh jika kita mempunyai ramai kawan

Kita akan mendapat pelbagai maklumat. Jika kita akan menghadapi peperiksaan, kita boleh bertukar-tukar maklumat tentang mata pelajaran yang kita pelajari. Sebagai contohnya, kita boleh bertukar-tukar  nota,kertas soalan peperiksaan percubaan atau soalan peperiksaan ujian bulanan .Melalui cara ini, maklumat yang akan kita peroleh bertambah .

Bukan itu sahaja, kita dapat teman untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran. Sesungguhnya, pembelajaran secara kumpulan membolehkan kita belajar dengan lebih baik.Kita tidak cepat bosan.Kita juga dapat saling membantu dalam pelajaran. Contohnya, jika kita mengetahui tentang tajuk yang dibincangkan kita dapat membantu rakan. Sebaliknya, jika kita kurang memahami sesuatu tajuk pelajaran rakan kita yang mahir dapat membantu kita.


kita  juga dapat teman untuk berbual.Kita berbual tentang pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling kita.Dengan berbual kita dapat membuang rasa bosan dan sunyi.Selain itu,perbualan dengan rakan juga membolehkan kita menambahkan pengetahuan  dan berita atau maklumat  tentang sesuatu perkara.


Selain itu,kita juga perlukan kawan untuk bermain atau beriadah bersama..Biasanya pada waktu petang,kita akan mencari kawan untuk bermain bersama-sama kita seperti bermain bola sepak,congkak,badminton,berjoging dan sebagainya.Di samping menyihatkan badan kita,hubungan dengan rakan kita makin erat.


kita dapat meminta pertolongan apabila kita menghadapi sesuatu masalah.Kita boleh meminta bantuan daripada rakan, apabila berlaku perkara yang tidak diingini seperti kita kehilangan wang, ditimpa kemalangan atau sebagainya. Kita juga boleh meminta rakan memaklumkan kepada guru apabila kita tidak dapat hadir ke sekolah. Sebagai rakan yang baik, kita juga mesti menolong rakan yang menghadapi masalah.


Selain itu, kawan yang ramai  akan meningkatkan hubungan silaturahim. Apabila kita berkawan dengan ramai orang, hubungan kita dalam masyarakat sangat baik dan mesra. Sebagai contohnya, kita hendaklah berkawan dengan semua pelajar, guru, kakitangan sekolah, dan sebagainya.Apabila kita berkawan, kita akan dapat meningkatkan hubungan silaturahim selain kita dapat mengetahui pelbagai ragam manusia kerana banyak udang banyak garam banyak orang banyak ragamnya.

Harapan saya,kita perlu sentiasa berusaha untuk berkawan dengan sesiapa sahaja di sekolah atau di luar sekolah. Namun demikian, kita hendaklah berhati-hati, kawan yang baik akan membawa kita ke syurga, manakala kawan yang jahat akan membawa kita ke neraka ,jadi pandai-padailah kita untuk membuat pilihan antara intan dengan kaca

Pendahuluan:
Rakan sebaya ialah…………………………Persoalannya apakah kepentingan rakan sebaya dalam kehidupan kita?
Pilih TIGA isi yang boleh dihuraikan.
  1. Rakan mempengaruhi perwatakan seseorang – rakan yang baik membawa kebaikan, rakan yang jahat membawa keburukan
  2. Rakan tempat kita mencurah segala masalah – terutama masalah remaja, mereka lebih mempercayai rakan berbanding ibu bapa
  3. Rakan sejati akan saling membantu – jika kita dalam kesusahan, segala masalah dapat diselesaikan
  4. Rakan dapat membantu dalam meningkatkan prestasi pelajaran – rakan yang pandai membantu yang lemah, belajar berkumpulan – meningkatkan prestasi
Tuntasnya, ……………………….pilih rakan dengan bijak, kerana rakan ketawa mudah dicari, rakan menangis sukar dicari………………….




Faedah-faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.
     
      Antara kebaikan membaca termasuklah
dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.

       Selain itu,
kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung".

       Membaca
dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.

         
Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian.

         Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.




Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca
Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui internet.
Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui.

Selain daripada itu, membaca juga
dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih gramatis kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.

Di samping itu, orang yang rajin membaca
akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehari-harian.  

Membaca juga
dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca.

Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.







 LAPORAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERENDAH

         Pada hari (pilih hari apa) yang lalu, (nama sekolah), telah mengadakan sukan tahunan sekolah. Acara bermula pada pukul 8:00 pagi bertempat di (lokasi). Pada pagi itu, kesemua olahragawan beratur mengikut rumah masing-masing untuk masuk ke padang. Kami berkawad kaki mengikut rentak muzik. kami memberikan tabik sebagai tanda hormat kepada guru-guru dan ahli PIBG. Sejurus selepas itu, Ketua Kontinjen dikehendaki membaca ikrar. Pengerusi PIBG turut dijemput berucap dan merasmikan temasya sukan tersebut.

           Selepas itu bermulalah acara. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara 100m,200m,400m,4x100m. Selain itu, acara lontar peluru,lompat tinggi,lompat jauh dan tarik tali turut dipertandingkan. Pengerusi PIBG dan Guru Besar Sekolah  (nama sekolah) serta beberapa orang ahli Jawatankuasa Temasya Sukan juga dijemput untuk menyampaikan pingat dan hadiah kepada semua pemenang. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada pemenang.

        Sebelum acara berakhir, guru besar mengumumkan keputusan temasya sukan pada hari tersebut. Johan keseluruhan bagi acara sukan tahunan sekolah jatuh kepada rumah Kuning, Naib Johan pula disandang oleh rumah Biru manakala rumah Merah mendapat tempat ketiga. Olahragawati ialah (nama orang) dari rumah Kuning,manakala olahragawan pula ialah (nama orang) juga dari rumah Kuning.

        Akhirnya, guru besar mengumumkan cuti sehari pada hari ........ iaitu pada tanggal (tarikh) .Sebelum pulang, guru besar meminta semua murid membersihkan padang .Guru besar juga mengucapkan tahniah kepada pemenang dan memberikan nasihat kepada peserta yang kalah.

Disediakan oleh,                                                                    (tarikh : huruf besar)
…………………………
(SUFI WAJDI BIN MUHAMAD FUZI),
Setiausaha sukan,
Sekolah Kebangsaan Serendah



Laporan Hari Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi

Pada 25 April 2012 bersamaan hari Sabtu, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahaditelah mengadakan Hari Kantin kali ke-21. Hari Kantin itu diadakan di kantin dan kawasanpersekitaran sekolah. Hari Kantin telah bemula kira-kira pada pukul 9.00 pagi.Hari Kantin telah dirasmikan oleh Presiden PIBG, Tuan Haji Azmi bin Mansur. Tujuan HariKantin ini diadakan untuk mengumpul dana dan melatih murid berniaga dengan cara yangefektif. Dana tersebut untuk membeli komputer bagi kegunaan pusat sumber sekolah RajaMahadi. Selain itu, wang yang berjaya dikumpul akan digunakan untuk membaik pulihkemudahan dan menceriakan kawasan sekolah.Beberapa hari sebelum Hari Kantin berlangsung, guru-guru, ahli jawatankuasa PIBGserta murid-murid begitu sibuk membuat persiapan. Antaranya, menyediakan bahan-bahan jualan, meyusun atur dan menghias gerai-gerai jualan untuk menarik perhatian orang ramai.Semua berganding bahu melaksanakan tugas masing-masing demi memastikan kejayaan HariKantin tersebut.Sebanyak 20 buah gerai telah dibuka untuk mengadakan jualan. Selain pelbagai jenismakanan dan minuman dijual, turut diadakan pertandingan teka kacang, rumah hantu, dansebagainya. Sebagai menarik perhatian para pengunjung, cabutan nombor bertuah turutdiadakan. Berbagai-bagai hadiah menarik telah disediakan.Kehadiran para ibu bapa dan murid-murid sungguh memberangsangkan. Ini mungkindisebabkan promosi yang meluas dilakukan oleh guru-guru melalui kertas edaran dangantungan sepanduk. Para pemilik gerai sibuk melayan para pelanggan yang datang.Hari Kantin itu telah berakhir pada pukul 5.00 petang. Sebelum bersurai, guru-guru danmurid-murid bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Secara keseluruhan, HariKantin telah berjaya mencapai sasarannya.

Disediakan oleh,                                                                                 12 Mei 2012 ___________
(Ssharvien Kumar)
Murid Tingkatan 3 Kemahiran 1,
SMK Raja Mahadi




LAPORAN GOTONG ROYONG
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini telah melibatkan murid-murid, ibu bapa dan guru-guru. Tujuan mengadakan aktiviti ini adalah untuk membersihkan kawasan sekolah dan mengeratkan hubungan antara murid-murid, ibu bapa dan guru-guru.

         Pada pukul 7.30 pagi, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru turut berkumpul di padang sekolah. Guru Besar telah memberikan taklimat ringkas kepada kami. Selepas taklimat, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
         Selepas dibahagikan kumpulan, kami pun beratur untuk mengambil alatan yang digunakan untuk bergotong-royong. Alatan yang digunakan untuk membersihkan kawasan sekolah ialah penyapu, cangkul, sabit, kain buruk, baldi, cat, berus dan sebagainya.

         Setelah mengambil alatan yang digunakan, kami pun memulakan tugasan masing-masing dengan bersemangat. Saya dan rakan sekelas saya menyapu daun-daun kering. Murid-murid yang lain pula mencuci longkang dan mengutip sampah sarap. Ibu bapa dan guru-guru bertugas mengecat dinding dan memotong rumput. Ada juga yang menanam pokok bunga di persekitaran sekolah.

         Bagi murid-murid Tahun 1 dan 2 pula bertugas menyapu lantai di dalam kelas. Ada yang mengelap tingkap dan ada yang memadamkan papan hitam. Selain itu, mereka juga menyusun meja dan kerusi di dalam kelas.

         Pada pukul 12 tengah hari, semua kerja pun telah selesai. Pihak kantin telah menyediakan jamuan ringan untuk kami. Kami rehat sambil menjamu selera di kantin. Di samping itu, Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada kami dan memuji kami rajin dan bekerjasama.
         Selepas menjamu selera di kantin, kami pun pulang ke rumah dengan gembira. Kami berasa bangga kerana sekolah kami menjadi bersih dan cantik.  
Disediakan oleh,                                                                    (tarikh : huruf besar)
…………………………
(SUFI WAJDI BIN MUHAMAD FUZI),
Setiausaha sukan,
Sekolah Kebangsaan Serendah