"Sebaik-baik sedekah adalah mempelajari seseorang Islam akan ilmu, kemudian mengajar ilmunya itu kepada Saudara Islam yang lain" (Riwayat Ibnu Majjah)
Jumaat, Julai 17, 2009
TAKZIAH BUAT AMY...
SEMUA RAKAN DI SMK SERENDAH MENGUCAPKAN TAKZIAH KPD CIKGU AMELIA DIATAS KEHILANGAN BAYI YANG DINANTIKAN. BARU BERUSIA TUJUH BULAN DALAM KANDUNGAN. INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN...
REZEKI ALLAH S.W.T
Sahabat-sahabat sekalian.....
* SETIAP makhluk di muka bumi dijamin mendapat habuan rezeki masing-masing. Ia terkandung di dalam Surah Hud, ayat 6 bermaksud, "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk melata di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung (menjamin) rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan)".
* Dalam satu hadis lain riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas ra, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud, "Sesiapa memperbanyakkan istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."
* Baginda mengingatkan bahawa, "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa untuk kedua-dua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami).
* Amalan kebajikan lain yang mampu 'menarik rezeki' ialah perbuatan bersedekah. Rasulullah pernah bersabda kepada Zubair bin al-Awwam bermaksud: "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya".
* Banyak lagi amalan murni yang diajar junjungan besar Nabi Muhammad ke arah penyuburan rezeki termasuk membanyakkan selawat ke atas baginda, berpagi-pagi dalam mengerjakan urusan mencari rezeki. sentiasa beribadat malam (tahajud), membiasakan diri sentiasa dalam keadaan berwuduk, berzikir, berdoa dan membaca al-Quran.
Sekian. Wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)