"Sebaik-baik sedekah adalah mempelajari seseorang Islam akan ilmu, kemudian mengajar ilmunya itu kepada Saudara Islam yang lain" (Riwayat Ibnu Majjah)
Selasa, September 08, 2009
AKTIVITI BULAN RAMADHAN
Ahad,5 sept.Kalau biasa. Cuti anak2 nak ke taman permainan. Apa kata bulan Ramadhan kita isi dengan aktiviti yang tak memenatkan. Disamping menghilangkan rasa letih dan tak sabar menunggu waktu berbuka. Abah mengajak semua ke Perpustakaan Negara. Sambil Abah mencari bahan, boleh la anak2 membaca.
Program berbuka hari ni di rumah UIA. Lama tak datang. Penat juga membersihkan dulu sblm berbuka. Tarawikh di Masjid UIA. Terimbas kenangan silam ketika masih belajar. Solat Terawikh kat UIA dimana jemaah yg berasal dari pelbagai negara. Jadi lain sikit. apa taknya. Imamnya pun orang luar. Kalau terawikh di masjid kita meriah dengan selawat dan pelbagai. Orang Arab ni. Sembahyang terus je. Selawat dan Doa pun tidak. Tapi itulah amalan yang berbeza dengan masyarakat kita. Bid'ah dan bercanggah dengan amaln Para Salaf. tetapi bergantung pada niat. Jika dengan selawat tadi dapat meningkatkan keimanan dan keseronokan beribadat. Tak salah rasanya. Cuma Jangan sampai laungan selawat langsung tidak dihayati tambahan pula sebutan yang tak betul. Ianya takkan bermakna. Tetapi itulah Meriahnya Ramadhan dengan amalan masyarakat Melayu Nusantara.
Langgan:
Catatan (Atom)