9.30mlm - Bertolak dari Serendah ke Terengganu.Jangan lupa mulakan dengan doa perjalanan...amin.Singgah beberapa tempat untuk persiapan terakhir ke sana. Dijangkakan perjalanan mengambil masa 8jam untuk sampai ke Jeti Merang, Kuala Terengganu
2.30 pagi tiba di Dungun, terasa cepat sampai kerana Abah memandu dengan lajunya. kelihatan tidak banyak kereta sepanjang lebuhraya dari Karak ke Dungun. Kami bercadang untuk singgah di Meratau Inn, Rantau Abang tempat penginapan Kak Nun sekeluarga yang telah memulakan perjalanan semalam. Tidak mahu menggangu tidur mereka, jadi kami tidur di kawasan rehat sekitar pantai Rantau Abang. Penyu menangis siapalah tahu....
5.30pagi kami ke Merantau Inn untuk solat dan mandi manda sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.
8 JUN 2010
6.45 kami mulakan perjalanan. Singgah bersarapan di gerai tepi jalan untuk mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan. Perjalanan menyeronokkan sambil menyaksikan keindahan pantai. Subhanallah.
9.30 Tiba di Jeti Merang, Kuala Terengganu.memandangkan segala urusan bot telah diuruskan oleh pemilik Langsari Resort, Pn Halimah. Kami tidak perlu menunggu lama. Kami Terus menaiki speed Boat.
Semuanya excited nak naik bot. Bila bot dah mula meluncur laju Imtiyaz dah mula takut. Sibuk bertanya bila nak sampai. Bertambah suspen bila bot sudah jauh meninggalkan daratan. Bot yang dipandu Mat Rempit laut ni dah mula melambung-lambung meredah ombak. Takut juga tetapi menyeronokkan. Semua enjoy. Bismiilahi majreeha wa mursaaha, amin. Tawakkaltu A'lallah.
10.30 pagi kami tiba di Langsari Resort, Pulau Lang Tengah. Penginapan kami 3H2M di taja oleh pemilik resort, Pn Halimah rakan Abang Brahim ( orang kuat Tourism Malaysia). Kami hanya perlu membayar RM650.00 ( 2dewasa 3kanak-kanak) untuk makan termasuk barbeque, boat dan snorkerling laut dalam. memang berbaloi-baloi. Terima Kasih Pn Halimah. Alhamdulillah
Keindahan Pantai Pulau Lang Tengah yang belum dicemari.
Dah siap makan semua dah tak sabar untuk turun ke laut. Bersiar-siar dulu di tepi pantai. Lepas tu baru kita Mandiiii....yang bestnya nampak ikan berenang-renang ditepi kaki kita.
Dah penat mandi laut. Jom kita bina istana pasir.
Wajdi practise berenang pakai kaki itik. Makin laju ke pakai kaki itik ni ?
HARI KEDUA:
9 JUN 2010 Kami sekeluarga akan keluar untuk snorkeling di sekitar pantai pulau. Semua akan merasai pengalaman melihat dan memberi makan ikan secara dekat. Teruja....
Snorkeling di Lang Redang, banyak ikan bawal putih kat sini.9 JUN 2010 Kami sekeluarga akan keluar untuk snorkeling di sekitar pantai pulau. Semua akan merasai pengalaman melihat dan memberi makan ikan secara dekat. Teruja....
Dari jeti ini lah kami dapat melihat keindahan coral dan ikan-ikan yang berenang. Subhanallah.Indah sungguh ciptaanMu,mengasyikkan.
Dalam perjalanan pulang ke resort kami merakam kenangan di hadapan Seri Pasifica Resort, sebuah resort yang mewah.
Menyusuri pantai untuk pulang ke resort. Cuaca nampak gelap. Tapi mendung berlalu memberi peluang untuk kami untuk meneruskan aktiviti dipantai.
Bercanoe yang menyeronokkan. Kayuh jangan tak kayuh.
Habis berkanoe. Break sekejap untuk makan dan Solat. Pukul 3ptg bot datang untuk bawak kami snorkeling tempat dalam. Deep sea. Semua suspen je.
Kami dilepaskan di kawasan dalam. Terdapat banyak ikan yang datang mengerumuni kami. Semuanya tidak melepaskan peluang. Imtiyaz pun teringin nak tengok ikan jugak, dia turut menyelam dan sangat gembira melihat banyak ikan datang menghampirinya. Wajdi dan Kiki teringin untuk lama berada di dalam laut tetapi perasaan takut kerana kami hanya terapung-apung menyebabkan mereka rasa kurang yakin. Qayyim pulak terkejut dengan kehadiran ikan besar Triggerfish/Jebung yang datang tepat ke mukanya. Nakal betul Si Jebung menggigit jari Pak long Brahim kerana ingin merebut roti di tangannya. Umi juga rasa takut juga bila ikan Jebung cuba mengacah.Banyak juga ikan selar yang serbu kearah kami untuk mendapatkan gardenia yang kami bawa. Pengalaman berada di laut sangat menyeronokkan.
Keberanian ke tempat dalam membuatkan kami rasa tidak puas. Apa lagi, kami menyambung aktiviti di sekitar pantai resort. Semua dah berani berenang jauh ke tengah. Dah Confident...
Semua dah keletihan. Tertidur sementara menunggu untuk barbeque. Selesai barbeque kami menikmati kemerduan deruan ombak yang menghempas ke pantai. Sungguh menenangkan fikiran. Jauh dari kesibukan kerja.
HARI KETIGA
10 JUN 2010 Bersiap untuk pulang. Hujan turun dengan lebatnya.Seolah-olah tidak membenarkan kami pulang. Kami terpaksa menangguhkan perjalanan kerana bot tak dapat datang. Sabar.
Merakam kenangan terakhir di Langsari Resort, Pulau Lang Tengah. Next destination kita akan ke Pulau mana?????.......Tioman? macamana abah? Okey? Next project.
See You Next time....Sampai jumpa lagi. Illal Liqak ...Wassalam
10 JUN 2010 Bersiap untuk pulang. Hujan turun dengan lebatnya.Seolah-olah tidak membenarkan kami pulang. Kami terpaksa menangguhkan perjalanan kerana bot tak dapat datang. Sabar.
Merakam kenangan terakhir di Langsari Resort, Pulau Lang Tengah. Next destination kita akan ke Pulau mana?????.......Tioman? macamana abah? Okey? Next project.
See You Next time....Sampai jumpa lagi. Illal Liqak ...Wassalam
Setibanya kami di Kuala Terengganu kami tidak melepaskan peluang untuk singgah di Taman Tamadun Islam untuk melihat sendiri replika masjid didunia dan juga Masjid Kristal.
PASAR PAYANG
Sebelum pulang kami singgah di Losong untuk membeli keropok losong. Dan tidak ketinggalan ke Pasar Payang, salah satu tarikan Kuala Terengganu. Banayk beli sutera kat sini. duit habissss...SELAMAT TINGGAL TERENGGANU