Isnin, April 01, 2013

stRoLLiNG aRoUnd SiNGGapOrE


Setelah sekian lama tak blogging....mood datang semula untuk mencatat tips ke Singapore, Lagipun  di atas pemintaan rakan-rakan Fb yang berminat, saya cuba permudahkan hasrat kalian untuk bercuti bersama keluarga. 

- sangat mudah bercuti di Singapore ni

- Dengan MRT kita boleh ke mana2 dengan pantas zesss sampai zesss sampai...tak sempat panas b.n..t

- Kena bertenaga kerana kita perlu berjalan dan berjalan

- 3 hari dah cukup kut jln2 kat Spore ni...*kalau tak masuk USS la (kitorang dah masuk sblm ni)

- tukar duit siap2. hari tu masa tukar $1 = RM2.50

- Booking hotel kat  sini
  Time booking bilik  biasa je...tapi bila sampai sbb pergi time x ramai oragng, so dia upgrade ke superior, luas la sikit. Hotel ** je tp sgt bersih dan harum taraf **** kat M'sia mmg berbaloi cuma RM600 utk 2 mlm n 2 bilik superior yg sangat selesa. Rangkaian Hotel Fragrance. Wpun asalnya berangan nak dok kat Marina Bay Sand....@#$$$$$*****%^-+_+ tinggal angan2 je.

 - Siap download kat Android playstore Map MRT lagi...senang boleh terus tahu harga dan jarak...tp kalau tak de pun kat sana time beli pass terus boleh ambil map MRT ****ianya sangat berguna. Sebelum pegi rasa mcm susah, tp bila dah di sana semuanya menjadi sangat mudah. Pass tu $12-adult & $7-child...boleh pakai sampai bila2 tp bila habis top up kat kaunter tiket. Kitorang kat sana topup sekali sahaja $10 setiap kad. Kad simpan lagi sampai skrg, nanti lain kali pergi just top up je.

- Mula plan naka naik flight masa Airasia RM52 je tp memikirkan masa menunggu dan check in yg lama, dah la kena gi awal2 + delay lagi...letih menunggu.Hasrat dibatalkan. Kami naik Bas RM 41 ( dewasa) RM 33 (kanak2) dari TBS ke Beach road( sepatutnya). Sampai TBS terus naik bas. bas terus jalan. tak perlu tunggu2. then bdk2 ni terus tidur sampai la ke JB. tp nasib tak baik Bas Konsortium****not recommended lah sbb bas tu telah meninggalkan kami dek kerana lama sgt kat kat imegresen Woodland kerana terpaksa mengisi embarkation Card untuk 6 orang dengan hanya sebatang pen !!!!!! bawa pen sorang sebatang kalau nak cepat. Akhirnya kami naik Bas CW2 ke Rochor $10/5 0rg  then naik Cab ke hotel dgn harga $5.40. (driver mmg nak kene betul) lupa pulak report companay di atas penganiayaan yg dilakukan kpd kami) tp..enjoy je naik bas awam. SELESA....(selesa la sannngat)


- Sampai pukul 3.30ptg rehat kejap. Selepas selesai solat Jamak, Tidur dah cukup kat atas bas tadi. apa lagi, jalan laaa. La La Laaa.kami meneruskan perjalanan mengikut yang di rancang. Tp singgah kedai mamak isi perut dulu......bermulalah stroll ....strolling....strolling....walking walking n walking n MRTing MRTing MRTing...seb baik bawak kaki bola yg mmg tak tahu penat....uminya je separuh semput tp tetap bersemangat sebab terlebih excited.



SINGAPORE  ITENERARY
26 – 28 MAC 2013

DAY  1
6.30am                 Bertolak ke bus station, Bdr Tasik Selatan
8.30am                 Bertolak keSingapore
1.30pm                 Tiba di Singapore, ambik taxi/ MRT ke Kallang MRT
2.00pm                 Check in @Fragrance Emerald, 20 Jln Geylang 6
                             - Jalan ke Lorong Geylang  1 
3.00pm                 Bertolak  ke Harbourfront  Vivo city
5.00pm                 Cable Car station di Habour Tower
                                -from habourfront take exit B to Habourfront
                               Centre
                                - Cross the link bridge (beside KFC)
                                - follow direction to S’pore Cable car station
5.15pm                 - Mount Faber . Aktiviti – turun bersiar-siar di The  
                               Jewel Box***
5.45pm                 Sentosa –  2 minutes walking distance To SKYLINE
                             LUGE
6.00pm                 ke station Imbiah ( Merlion park, siloso beach)
7.30pm                 ke Beach Station – ( 7.40pm Song of the Sea )
9.00pm                 Balik ke hotel


*** pengalaman yg best ialah dapat tengok Spore dari Cable Car  kat bawah ada laut.best kan(tiket $26-Ad $15-Ch pegi-balik) mahal kan? tp nak rasa pengalaman tu sangggggup..... mmg cantik tp sekejap je. Lps tu naik skyride yg tergantung je kaki tu tiket $32( 2-Ad 2-Ch)tak puas hati sbb dah gelap, so esok nak naik lagi. Lps tu Song of the Sea - tiket $ 50+++ mmg best...ternganga anak2 n umi dan abah anak dgn kecanggihan show tersebut...menyambar-nyambar api, cahaya dan cahaya. Kene buat kat Msia ni.

DAY 2
8.30am                 Breakfast
9.00am                 Raffles place – Merlion & Esplanade
11.00am               Promenade - skyflyer station for Fun Vee city tour
                                - Promenade station, circle line cct
                               Take exit A.
                             Funvee ( Orange route) -Hop on  Marina Bay  
                             Adventure ( $14.90) at skyflyer station
                                Aktiviti - Drop off at Marina Bay Sand – naik ke  
                                              Skypark observation deck.
-          Proceed to Gardens by the bay
-          Reboard at Gardens by the bay coach stand
-          China town
-          Little India
-          Kampung Glam
-          Take picture Raffles Hotel from the bus
5.00pm                 Orchard Road
8.00pm                Light show
10.00pm               Balik hotel


****berubah sikit jadual hari. Pagi ke Merlion ambik gbr n gbr berlatar belakangkan MBS i.e Marina Bay Sand (****teringinnya nak merasa infiniti pool dia kat atas tu) Mula plan nak naik Skydeck. kapal atas MBS tp anak2 tak minat...diorang asyik ajak ke Sentosa. jadbatalkan niat tu. Lepas pegi Orchard Road...kami terus ke Habaourfront dan naik Ekspress Sentosa (macam monorail) ke Sentosa Island again....puas hati bdk2 ni...Turun kat 1st station Waterfront...disini lah terletaknya Universal Studio Singapore. Then lepas berposing2 naik lagi monorel ke Imbiah station. Kat sini naik lagi Skyride n Luge (sorang 2 kali) haaaa...puas hati???? lps tu pergi Siloso Beach..pasir halus betul (comfirm pantai buatan. Ambil pasir kat mana la ek? kutnye dari Msia tak tahu laa....)

*****dari Sentosa terus Balik semula ke MBS nak tgk Light Show tp terlambat. Sbb kitorang pergi ke Garden of the Bay dulu...Lepas tu rehat sebentar di MBS tgk permandangan Spore di waktu malam. Balik. LETIH. spot check bilik anak2. call, rupanya diorang main air kat bilik hotel....tak penat ke??? mesti sbb tak de pool.

DAY 3
9.00am                 Check out
9.30am                 Bugis Street
11.30pm               Arab Street
1.00pm                 Masjid Sultan
3.00pm                 Bertolak balik ke KL
9.00PM                 Tiba di KL


*** Check out lambat. semua tidur keletihan. Keluar terus ke Geylang Serai spt yg dicadangkan oleh org melayu tempatan yg kami jumpa. Naik Cab je. rasa beriani Spore.beli brg sikit. terus ke Bugis by MRT. pergi Arab Street n Masjid Sultan (siap jamak kat sini) kat sini juga terletaknya Kg Glam...lps tu jln ke Bugis street utk beli cenderahati. lps tu balik.Larkin - KL

Wpun lengkap beritenarary bagai tp ada jgak yang tak ikut jadual sbb bergantung mood anak-anak.