"Sebaik-baik sedekah adalah mempelajari seseorang Islam akan ilmu, kemudian mengajar ilmunya itu kepada Saudara Islam yang lain" (Riwayat Ibnu Majjah)
Khamis, Jun 24, 2010
Planet Marikh telah menukar putarannya ke arah bertentangan...Kiamat sudah hampir
Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
Pada 30 Julai 2003, para ahli kaji bintang mendapati Marikh bergerak perlahan dan kerap berpatah balik secara berulang kali sebelum berhenti, dan pada 28 Ogos 2003, didapati Marikh bergerak semula tetapi peredarannya terbalik.
Ini menunjukkan bahawa matahari terbit dari sebelah barat planet Marikh dan terbenam di sebelah timur.
Ahli kaji bintang menegaskan bahawa fenomena ini juga akan berlaku ke atas planet Bumi dalam jangka waktu yang terdekat. Bermakna Hari Qiamat sudah terlampau dekat.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat! Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Hasil dari kajian sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Berkenaan artikel diatas, terdapat ulasan lanjut oleh http://www.islam.gov.my/ppi/
BalasPadamArtikel yang diterbitkan menyentuh bahawa terdapat kekeliruan dalam interpretasi 'putaran' dan 'gerakan' retrograd jisim planet Marikh oleh penulis didalam majalah Al-Mujtamak.
Rujuk kepada http://www.islam.gov.my/ppi/almanak/falak/psd/2010/gerakanRtrogradMarikhKiamat.pdf
Antara petikan
"
Planet Marikh tidak mengalami putaran retrograd pada tarikh yang dinyatakan di atas.
Mengikut data dari NASA ia hanya mengalami gerakan retrograd pada sekitar 30 Julai
2003 (bukan tahun 2005 sepertimana yang diberitakan) dan juga pada 17 September
2003. Ia juga mengalami gerakan retrograd pada sekitar 20 September 2005 dan 30
November 2005."
Isu yang sama juga diulas didalam http://www3.falaksyari.org/index.php?option=com_content&task=view&id=75&Itemid=105
Harap maklumat diatas dapat membantu sedikit sebanyak. Anda boleh Google menggunakan kata kunci "marikh putaran".