Rabu, Jun 30, 2010

KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA


JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah mendisiplinkan diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya Cukup sayang pada kanak-kanak Suka duduk di rumah Setia pada segala-galanya Perlu belajar kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI

Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality danabstrak Intelligent, bijak dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain. Agak pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak Bercita-cita tinggi dan suka berangan- angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC

Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain Tidak cepat marah dan sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi Kelam kabut dalam memilih pasangan Suka dgn hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL

Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya mental yang sangat kuat Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang Sangat berani dan tiada perasaan takut Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah Emosi cepat terusik Try control the emotion Kecenderungan bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya ingatan Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI

Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi tinggi Pemikiran yang tajam Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam Cantik dari segi mental & fizikal Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri) Suka berangan Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit Daya khayalan yang tinggi Permikiran yang tajam Pandai berdebat Fizikal yang baik Kelemahan sistem pernafasan Suka sastera, seni & muzik serta melancong Tidak berapa suka duduk di rumah Tidak boleh duduk diam Tidak punya ramai anak Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros.

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif (sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI

Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak suka benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan semua orang Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai orang lain dengan pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal diet Minta disayangi Mudah terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja

OGOS

Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan caring terhadap orang lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap ego Nilai harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang yang luar biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax Sikap kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan.

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam tapi pandai bercakap Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat sempurna Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir Daya pentaakulan yang baik Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat.Kawal diri dari terlalu mengkritik Pandai mendorong diri sendiri Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia Suka sukan, hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya Terluka hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan benda yang luas Bersistematik.

OKTOBER

Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah Sangat menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak pandai berbohong & berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan Sentiasa berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat marah Macam pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang kecuali diminta Suka melihat dari perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan orang lain Emosi yang mudah terusik Suka berangan & pandai bercakap Emosi yang kelam kabut Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka melancong, bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu Ambil berat tentang orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi persekitaran Mudah patah semangat.

NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa Pemikiran yang tajam Daya firasat yang sangat halus dan tinggi Bagus untuk jadi doktor Cermat dan teliti Personality dinamik Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran Terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya Tak suka marah kecuali digugat Mudah ambil berat terhadap orang lain Pandai muhasabah diri Cara berfikir lain dari orang lain Otak yang sangat tajam Pandai mendorong diri sendiri Tidak hargai pujian Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang "tough" (sasa) Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam Romantik Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang Suka duduk di rumah Sangat rajin dan berkemampuan tinggi Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia Tidak berapa Berjaya dalam mengawal emosi Bercita-cita tinggi Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi Seronok didampingi Suka bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yang berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.

Khamis, Jun 24, 2010

Planet Marikh telah menukar putarannya ke arah bertentangan...Kiamat sudah hampir


Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
Pada 30 Julai 2003, para ahli kaji bintang mendapati Marikh bergerak perlahan dan kerap berpatah balik secara berulang kali sebelum berhenti, dan pada 28 Ogos 2003, didapati Marikh bergerak semula tetapi peredarannya terbalik.
Ini menunjukkan bahawa matahari terbit dari sebelah barat planet Marikh dan terbenam di sebelah timur.
Ahli kaji bintang menegaskan bahawa fenomena ini juga akan berlaku ke atas planet Bumi dalam jangka waktu yang terdekat. Bermakna Hari Qiamat sudah terlampau dekat.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat! Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Hasil dari kajian sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Isnin, Jun 21, 2010

KELEBIHAN DAN FADHILAT BULAN REJAB


Tarikh 1 Rejab 1431 Hijriah bagi tahun Masihi 2010 jatuh pada 14 Jun 2010 (Isnin). Akhirnya bulan Rejab muncul kembali dan kita sebagai Muslim harusnya berasa bersyukur kerana masih diberi nikmat kesihatan, kelapangan dan keselesaan oleh Allah S.W.T untuk melalui bulan yang agung ini. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

1.Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

2.Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

3.Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

4.Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

5.Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

6.Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

7.Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

8.Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1.Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2.Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4.Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5.Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1.Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2.Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3.Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui – Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

Doa Di Bulan Rejab:

1.Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2.Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.

3.Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Ahad, Jun 20, 2010

Percutian Di Langsari Resort, Pulau Lang Tengah, Terengganu. 8 - 10 JUN 2010

7.6.2010
9.30mlm - Bertolak dari Serendah ke Terengganu.Jangan lupa mulakan dengan doa perjalanan...amin.Singgah beberapa tempat untuk persiapan terakhir ke sana. Dijangkakan perjalanan mengambil masa 8jam untuk sampai ke Jeti Merang, Kuala Terengganu
2.30 pagi tiba di Dungun, terasa cepat sampai kerana Abah memandu dengan lajunya. kelihatan tidak banyak kereta sepanjang lebuhraya dari Karak ke Dungun. Kami bercadang untuk singgah di Meratau Inn, Rantau Abang tempat penginapan Kak Nun sekeluarga yang telah memulakan perjalanan semalam. Tidak mahu menggangu tidur mereka, jadi kami tidur di kawasan rehat sekitar pantai Rantau Abang. Penyu menangis siapalah tahu....

5.30pagi kami ke Merantau Inn untuk solat dan mandi manda sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.

8 JUN 2010
6.45 kami mulakan perjalanan. Singgah bersarapan di gerai tepi jalan untuk mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan. Perjalanan menyeronokkan sambil menyaksikan keindahan pantai. Subhanallah.

9.30 Tiba di Jeti Merang, Kuala Terengganu.memandangkan segala urusan bot telah diuruskan oleh pemilik Langsari Resort, Pn Halimah. Kami tidak perlu menunggu lama. Kami Terus menaiki speed Boat.


Semuanya excited nak naik bot. Bila bot dah mula meluncur laju Imtiyaz dah mula takut. Sibuk bertanya bila nak sampai. Bertambah suspen bila bot sudah jauh meninggalkan daratan. Bot yang dipandu Mat Rempit laut ni dah mula melambung-lambung meredah ombak. Takut juga tetapi menyeronokkan. Semua enjoy. Bismiilahi majreeha wa mursaaha, amin. Tawakkaltu A'lallah.

10.30 pagi kami tiba di Langsari Resort, Pulau Lang Tengah. Penginapan kami 3H2M di taja oleh pemilik resort, Pn Halimah rakan Abang Brahim ( orang kuat Tourism Malaysia). Kami hanya perlu membayar RM650.00 ( 2dewasa 3kanak-kanak) untuk makan termasuk barbeque, boat dan snorkerling laut dalam. memang berbaloi-baloi. Terima Kasih Pn Halimah. Alhamdulillah




Keindahan Pantai Pulau Lang Tengah yang belum dicemari.

Dah siap makan semua dah tak sabar untuk turun ke laut. Bersiar-siar dulu di tepi pantai. Lepas tu baru kita Mandiiii....yang bestnya nampak ikan berenang-renang ditepi kaki kita.


Dah penat mandi laut. Jom kita bina istana pasir.
Wajdi practise berenang pakai kaki itik. Makin laju ke pakai kaki itik ni ?

HARI KEDUA:
9 JUN 2010 Kami sekeluarga akan keluar untuk snorkeling di sekitar pantai pulau. Semua akan merasai pengalaman melihat dan memberi makan ikan secara dekat. Teruja....
Snorkeling di Lang Redang, banyak ikan bawal putih kat sini.

Dari jeti ini lah kami dapat melihat keindahan coral dan ikan-ikan yang berenang. Subhanallah.Indah sungguh ciptaanMu,mengasyikkan.
Dalam perjalanan pulang ke resort kami merakam kenangan di hadapan Seri Pasifica Resort, sebuah resort yang mewah.
Menyusuri pantai untuk pulang ke resort. Cuaca nampak gelap. Tapi mendung berlalu memberi peluang untuk kami untuk meneruskan aktiviti dipantai.
Bercanoe yang menyeronokkan. Kayuh jangan tak kayuh.

Habis berkanoe. Break sekejap untuk makan dan Solat. Pukul 3ptg bot datang untuk bawak kami snorkeling tempat dalam. Deep sea. Semua suspen je.
Kami dilepaskan di kawasan dalam. Terdapat banyak ikan yang datang mengerumuni kami. Semuanya tidak melepaskan peluang. Imtiyaz pun teringin nak tengok ikan jugak, dia turut menyelam dan sangat gembira melihat banyak ikan datang menghampirinya. Wajdi dan Kiki teringin untuk lama berada di dalam laut tetapi perasaan takut kerana kami hanya terapung-apung menyebabkan mereka rasa kurang yakin. Qayyim pulak terkejut dengan kehadiran ikan besar Triggerfish/Jebung yang datang tepat ke mukanya. Nakal betul Si Jebung menggigit jari Pak long Brahim kerana ingin merebut roti di tangannya. Umi juga rasa takut juga bila ikan Jebung cuba mengacah.Banyak juga ikan selar yang serbu kearah kami untuk mendapatkan gardenia yang kami bawa. Pengalaman berada di laut sangat menyeronokkan.
Keberanian ke tempat dalam membuatkan kami rasa tidak puas. Apa lagi, kami menyambung aktiviti di sekitar pantai resort. Semua dah berani berenang jauh ke tengah. Dah Confident...
Semua dah keletihan. Tertidur sementara menunggu untuk barbeque. Selesai barbeque kami menikmati kemerduan deruan ombak yang menghempas ke pantai. Sungguh menenangkan fikiran. Jauh dari kesibukan kerja.

HARI KETIGA
10 JUN 2010 Bersiap untuk pulang. Hujan turun dengan lebatnya.Seolah-olah tidak membenarkan kami pulang. Kami terpaksa menangguhkan perjalanan kerana bot tak dapat datang. Sabar.


Merakam kenangan terakhir di Langsari Resort, Pulau Lang Tengah. Next destination kita akan ke Pulau mana?????.......Tioman? macamana abah? Okey? Next project.
See You Next time....Sampai jumpa lagi. Illal Liqak ...Wassalam

Setibanya kami di Kuala Terengganu kami tidak melepaskan peluang untuk singgah di Taman Tamadun Islam untuk melihat sendiri replika masjid didunia dan juga Masjid Kristal.

MASJID KRISTAL

TAMAN TAMADUN ISLAM

PASAR PAYANG

Sebelum pulang kami singgah di Losong untuk membeli keropok losong. Dan tidak ketinggalan ke Pasar Payang, salah satu tarikan Kuala Terengganu. Banayk beli sutera kat sini. duit habissss...SELAMAT TINGGAL TERENGGANU

Selamat Hari Bapa



HARI bapa adalah hari untuk kita mengenang kembali jasa dan pengorbanan seorang insan yang dipanggil ayah, yang disebut abah, yang saban waktu diingat-ingat sebagai seorang papa. Tak kisah apa pun gelaran bagi mereka, namun ayah, bapa, papa, abah, daddy dan sebagainya punya nilai yang mesti kita hargai, kita sanjungi dan kita ingati.

Anda yang masih punya bapa, maka hargailah keberadaan mereka bersama anda. Yang telah tiada, maka doa anda untuk merekalah yang sentiasa hidup bersama roh mereka di sana.

Sejarah Hari Bapa

Pelbagai cerita dan pendapat yang berkembang dan dicatat dalam cerita sejarah mengenai bermulanya idea sambutan hari bapa ini.

Ms Sonora Louise telah digelar sebagai Mother of the Father’s Day Festival. Ini semua kerana besarnya sumbangan dan pengorbanan beliau dalam usaha untuk mewujudkan sambutan hari bapa sebagai mana yang kita sambut sehingga hari ini.

Mengikut catatan sejarah, idea pengasasan hari bapa mula timbul di benak Sonora setelah beliau mengetahui akan adanya sambutan hari ibu pada sekitar tahun 1909. Beliau kemudiannya melihat sendiri begitu besarnya pengorbanan dan susah-payah bapanya dalam membesarkan adik beradiknya setelah kematian ibunya. Justeru, beliau sendiri berfikir bahawa mengapa tidak juga diadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa seorang bapa.

Ideanya ini telah cuba disebar luaskan olehnya sendiri ke merata tempat. Dan ramai juga yang menerima dan ada juga yang mentertawakan usahanya itu. Namun, Sonora tetap berusaha lebih gigih demi memastikan impian dan matlamatnya itu tercapai.

Usaha dan jerih-payahnya mula menampakkan hasil apabila pada 19 Jun 1910, sambutan hari bapa telah mula disambut di Spokane, Washington.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun juga silih-berganti. Hampir kesemua presiden Amerika Syarikat menerima dan menyetujui sambutan Hari Bapa. Dan akhirnya pada tahun 1972, presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa hari ahad minggu ketiga Jun adalah sambutan umum perayaan sambutan hari bapa.

Hari Bapa di Malaysia.

Umumnya, sambutan hari bapa ini telah disambut di pelbagai tempat pada tarikh berbeza-beza. Namun, di kebanyakan tempat ianya akan disambut pada tarikh ini seperti juga di negara kita, Malaysia. Dan pada tahun ini ianya jatuh pada tanggal 20 Jun 2010.

Budaya hari bapa di Malaysia seharusnya dipraktikkan dengan lebih meluas lagi di negara kita. Bukan soal sejarah atau tarikhnya itu yang menjadi titik bualnya, namun sejauh mana penghayatan dan nilai pengorbanan seorang bapa itulah yang mesti dihargai dan disanjung.

Amalan hormat menghormati pada yang tua, sayang menyayangi dengan yang muda seharusnya dijadikan budaya harian, adat warisan.

Sayang yang tua, kasihkan yang muda. Sayang pada ayah, kasihkan pada anak-anak. Itu yang diharapkan.

Selamat Hari Bapa!