Berjimat-cermat Amalan Mulia
Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran.
Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi.
Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.
Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.
Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.
Faedah
berjimat cermat.
Berjimat cermat merupakan amalan mulia yang dituntut oleh setiap agama. Amalan
ini perlulah dipupuk sejak dari kecil lagi. Terdapat banyak faedah jika kita
berjimat cermat.
Antara faedah berjimat cermat adalah
dapat melatih
diri daripada melakukan pembaziran.
Contohnya amalan menabung. Jika seseorang itu selalu menabung, wangnya akan
semakin bertambah seperti pepatah “ sedikit- sedikit, lama- lama jadi bukit “ .
Wang tabungan tersebut dapat digunakan untuk perkara- perkara berfaedah seperti
membeli barangan keperluan atau apabila melangkah ke menara gading kelak.
Dalam situasi dunia sekarang di mana
keadaan ekonomi yang tidak stabil, amalan ini perlulah dititikberatkan.
Contohnya jika kita berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik dan air
akan dapat
mengurangkan perbelanjaan untuk membayar
bil bulanan. Wang yang selebihnya dapat disimpan untuk kegunaan pada masa
hadapan.
Di samping itu, berkongsi kenderaan
ke tempat kerja juga adalah satu daripada amalan yang dapat menjimatkan kos
bulanan. Memandangkan harga bahan bakar yang kian meningkat, amalan ini dilihat
dapat mengurangkan perbelanjaan harian. Justeru, dengan berkongsi kereta juga
dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya sekali gus dapat mengurangkan
kadar kemalangan.
Selain itu, amalan berjimat cermat
ini dapat menginsafkan
diri akan penderitaan orang lain
seperti masalah kebuluran yang dialami oleh penduduk di benua Afrika. Apabila
membayangkan penderitaan mereka, sudah pasti kita tidak akan membazir makanan
dan minuman yang kita nikmati setiap hari. Jika ada peluang kita juga boleh
menyumbangkan sesuatu untuk meringankan penderitaan mereka.
Oleh itu, marilah kita amalkan sikap
berjimat cermat kerana amalan ini menjadikan kita seorang yang
bertanggungjawab. Kita perlu
sederhana dalam setiap perkara kerana
membazir itu adalah amalan syaitan.
Cara-cara berjimat cermat
Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis , barisan panel hakim yangbijaksana , dan hadirin yang saya hormati . Assalamualaikum dan salam sejahterasaya ucapkan .Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan ialah�Cara-Cara Berjimat Cermat�.
Para hadirin yang saya muliakan,
Dewasa ini,negara mengalami krisis ekonomi yang menyebabkankenaikan harga barangan di pasaran.Oleh itu,pelbagai cara boleh kita lakukan sebagai langkah berjimat cermat. Salah satu daripadanya,kita mestilah merancang perbelanjaan sebelum berbelanja.Dengan ini,kita dapat mengelakkan pembaziran daripada membeli barangan yang tidak penting.
Selain itu,kita perlu berbelanja mengikut had keupayaan kita.Kita tidak boleh sesekali berbelanja diluar kemampuan ekonomi yang kita ada.Ibarat kata pepatah,�Ukur baju dibadan sendiri�.
Kita juga jangan sesekali mudah terpengaruh dengan promosi penjualan mega dan jualan murah yang ditawarkan oleh gedung-gedung perniagaan.Kerghairahan berbelanja boleh menyebabkan kita mengalami masalah kewangan dan terpaksa memikul hutang.
Pepatah melayu ada mengatakan,�Sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit�. Pepatah ini mengingatkan kita supaya mengamalkan sikap berjimat cermat melalui amalan menabung.Wang tabungan kita boleh digunakan pada masa yang akan datang.
Sebelum mengundur diri,saya ingin menegaskan bahawa amalan menabung patut dilakukan oleh semua masyarakat Malaysia.Amalan ini juga dapat membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi sesebuah negara.

Kepentingan Internet
Internet merupakan satu sistem komunikasi yang menyampaikan
maklumat di seluruh dunia. Sistem ini boleh diperolehi melalui komputer yang
disambungkan melalui taliantelefon, sistemwifidan juga melalui modem. Dalam
dunia yang serba moden kala ini, seluruh masyarakat dunia berluma-lumba untuk
belajar dan memiliki talian internet sendiri di rumah.
Melalui internet, kita boleh menerima maklumat dengan cepat. Dalam erti kata lain, segala-galanya berada di hujung jari dalam dunia berteknologi tinggi dewasa ini. Dengan hanya satu klik, kita boleh mengetahui perkembangan luar negeri, serta perkembangan isu semasa di Negara kita. Dengan itu, tidaklah kita menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Sebagai pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan akan menduduki peperiksaan UPSR, Internet sememangnya satu kemudahan pembelajaran yang tidak dapat disangkal lagi keberkesanannya. Dengan adanya kemudahan internet sendiri di rumah, para pelajar dapat mengakses apa-apa sahaja maklumat yang mereka perlukan dengan cepat dan jelas tanpa perlu bersusah payah untuk menyelak helaian buku rujukan yang tebal dan memeningkan kepala. Secara tidak langsung, suasana pembelajaran menjadi sesuatu yang menyeronokkan.
Selain mengakses maklumat melalui enjin carian, terdapat banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dengan internet. Antara kegunaan internet yang lain adalah mencari dan memainkan muzik pilihan kita sendiri, menonton siaran televisyen melalui internet, menyertai laman sosial untuk menambahkan kenalan dan banyak lagi.
Selain membawa kebaikan, internet juga membawa keburukan terhadap penggunanya. Keseronokan melayari internet akan membuatkan kita lupa untuk memperhatikan masa. Apatah lagi sekiranya kemudahan internet ini disalahgunakan untuk kepentingan sendiri seperti menaik dan memuatturunkan gambar-gambar lucah, mencari dan mendengar lagu-lagu berbentuk rock dan blackmetal. Selain itu, kelekaan para pelajar dalam melayari laman sosia ljuga bakal memberi kesan buruk terhadap mereka sendiri. Keseronokan mendapat rakan baru di alam maya dan keseronokan ber�chatting� bisa membuatkan mereka lupa untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru.
Sebagai kesimpulannya, penggunaanperkhidmatan internet membawa kebaikan dan keburukan terhadap para penggunanya. Oleh itu, sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran, kita sendiri harus bijak menilai baik dan buruk sesuatu perkara.

KEBAIKAN INTERNET
Informasi amat penting dalam era moden
ini. Sesiapa yang menguasai dan memiliki banyak informasi maka merekalah yang
paling berkuasa. Oleh itu, manusia berlumba-lumba mengejar informasi. Sumber
informasi paling mudah diperoleh melalui sistem perhubungan yang tiada hadnya
atau lebih popular dengan istilah Internet.
Internet amat
berguna dalam usaha kita menambahkan ilmu pengetahuan. Selain ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru di dalam bilik
darjah, kita boleh melayari Internet untuk mendapatkan informasi tambahan.
DEngan informasi tambahan kita akan lebih berjaya berbanding
pelajar-pelajar lain yang hanya bergantung kepada buku teks. Terdapat banyak
laman web yang sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah seperti Portal Pendidikan
Utusan Malaysia dan tutorial.com.my.
Dengan adanya
Internet, urusan permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi juga bertambah mudah. Selain daripada data terperinci tentang
kursus-kursus yang ditawarkan, pelajar-pelajar juga boleh mengisi borang
permohonan secara talian terus. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar tidak perlu
menunggu akan keputusan permohonan kerana mereka boleh menyemaknya dengan
melayari Internet.
Pendek kata,
memang banyak kelebihan yang diperoleh apabila kita mahir menggunakan Internet.
Kita mestilah berusaha untuk meraih segala peluang yang ada kerana yang
bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.
Kebaikan internet
KEMUDAHAN internet membolehkan
seseorang itu mengakses maklumat secarat tepat dan mudah. Keistimewaan ini
hanya akan tercapai jika segala peraturan menggunakan internet seperti yang
dinyatakan pada penulisan yang lepas dipatuhi. Sebagai seorang murid kemudahan
dan peluang ini haruslah digunakan sebaik mungkin untuk membantu meningkatkan
lagi mutu pembelajaran.
Di antara kebaikan menggunakan internet
adalah seperti berikut:
• Himpunan Maklumat: Ruang
dalam internet tidak ada hadnya. Oleh itu banyak maklumat dapat diakses dalam
masa yang singkat. Walau bagaimanapun, segala maklumat harus dibuat penapisan
bergantung kepada sumber perolehan maklumat tersebut. Jika sumber maklumat itu
datangnya dari sumber yang tertentu seperti dari pihak kementerian, jabatan,
atau sumber yang sahih maka maklumat tersebut bolehlah digunakan sebagai bahan
rujukan. Disebaliknya jika terdapat keraguan, maka pencarian maklumat di sumber
yang lain harus diteruskan lagi.
• Kebebasan tempat akses:
Melalui internet maklumat dapat diakses di mana- sahaja dan bukan lagi hanya
terbatas di sekolah atau di rumah. Sewaktu dalam perjalanan di lebuhraya
contohnya kita boleh mengakses internet secara percuma di hentian-hentian rehat
di mana kemudahan untuk mengakses maklumat ini disediakan oleh pihak TMnet.
Malah buat masa ini di kawasan-kawasan tertentu pihat syarikat telekomunikasi
telah menawarkan perkhidmatan di mana internet dapat diakses di kawasan terbuka
tidak kira di mana kita berada. Ini membolehkan kita mengakses maklumat tanpa
mengira tempat dan waktu.
• Penambahan maklumat terkini:
Setiap hari ilmu semakin bertambah. Murid yang cemerlang harus menguasai
pelbagai ilmu. Bahan-bahan yang terkini harus dijadikan bacaan agar kita tidak
ketinggalan. Bahan-bahan berbentuk cetakan seperti buku teks mungkin tidak
mampu memuatkan bahan-bahan terkini. Oleh itu internet adalah saluran yang
mampu mendapatkan maklumat terkini untuk dijadikan rujukan serta penambahan
ilmu pengetahuan.
Peluang sudahpun ada hanya tindakan
sahaja yang diperlukan. Tidak ada lagi sebab untuk dijadikan alasan kenapa kita
tidak boleh mendapatkan maklumat. Segala maklumat adalah dihujung jari kita
tetapi tanpa usaha, segala ilmu yang berada di hujung jari itu akan jatuh
berkecai. Oleh itu bertindaklah sekarang sementara nasi belum menjadi bubur!.
Usaha tangga kejayaan.
FAEDAH
MEMPUNYAI RAMAI RAKAN
“berkasih
biar satu, berkawan biar seribu”. ini jelas menunjukkan bahawa kita digalakkan
berkawan dengan seberapa ramai yang mungkin. Apabila kita mempunyai
ramai kawan, hidup kita tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung atau sebatang kara..Orang yang tidak mempunyai ramai
kawan atau tidak suka berkawan, mereka akan dikatakan sebagai kera sumbang.
Sebenarnya, banyak faedah yang akan kita peroleh jika kita mempunyai ramai
kawan
Kita akan
mendapat pelbagai maklumat. Jika kita akan menghadapi peperiksaan, kita boleh bertukar-tukar maklumat tentang mata pelajaran yang kita pelajari. Sebagai
contohnya, kita boleh bertukar-tukar nota,kertas soalan peperiksaan
percubaan atau soalan peperiksaan ujian bulanan .Melalui cara ini, maklumat
yang akan kita peroleh bertambah .
Bukan itu
sahaja, kita dapat teman
untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran. Sesungguhnya, pembelajaran secara
kumpulan membolehkan kita belajar dengan lebih baik.Kita tidak cepat bosan.Kita juga dapat
saling membantu dalam pelajaran. Contohnya, jika kita mengetahui tentang tajuk
yang dibincangkan kita dapat membantu rakan. Sebaliknya, jika kita kurang
memahami sesuatu tajuk pelajaran rakan kita yang mahir dapat membantu kita.
kita juga dapat teman untuk berbual.Kita berbual tentang pelbagai perkara
yang berlaku di sekeliling kita.Dengan berbual kita dapat membuang rasa bosan
dan sunyi.Selain itu,perbualan dengan rakan juga membolehkan kita menambahkan
pengetahuan dan berita atau maklumat tentang sesuatu perkara.
Selain itu,kita
juga perlukan kawan untuk bermain atau beriadah bersama..Biasanya pada waktu petang,kita
akan mencari kawan untuk bermain bersama-sama kita seperti bermain bola
sepak,congkak,badminton,berjoging dan sebagainya.Di samping menyihatkan badan
kita,hubungan dengan rakan kita makin erat.
kita dapat
meminta pertolongan apabila kita menghadapi sesuatu masalah.Kita boleh meminta bantuan daripada
rakan, apabila berlaku perkara yang tidak diingini seperti kita kehilangan
wang, ditimpa kemalangan atau sebagainya. Kita juga boleh meminta rakan memaklumkan
kepada guru apabila kita tidak dapat hadir ke sekolah. Sebagai rakan yang baik,
kita juga mesti menolong rakan yang menghadapi masalah.
Selain
itu, kawan yang ramai akan
meningkatkan hubungan silaturahim. Apabila kita berkawan dengan ramai orang, hubungan
kita dalam masyarakat sangat baik dan mesra. Sebagai contohnya, kita hendaklah
berkawan dengan semua pelajar, guru, kakitangan sekolah, dan sebagainya.Apabila
kita berkawan, kita akan dapat meningkatkan hubungan silaturahim selain kita
dapat mengetahui pelbagai ragam manusia kerana banyak udang banyak garam banyak
orang banyak ragamnya.
Harapan
saya,kita perlu sentiasa berusaha untuk berkawan dengan sesiapa sahaja di
sekolah atau di luar sekolah. Namun demikian, kita hendaklah berhati-hati,
kawan yang baik akan membawa kita ke syurga, manakala kawan yang jahat akan
membawa kita ke neraka ,jadi pandai-padailah kita untuk membuat pilihan antara
intan dengan kaca
Pendahuluan:
Rakan sebaya
ialah…………………………Persoalannya apakah kepentingan rakan sebaya dalam kehidupan
kita?
Pilih TIGA isi yang boleh
dihuraikan.
- Rakan mempengaruhi perwatakan seseorang – rakan yang baik membawa kebaikan, rakan yang jahat membawa keburukan
- Rakan tempat kita mencurah segala masalah – terutama masalah remaja, mereka lebih mempercayai rakan berbanding ibu bapa
- Rakan sejati akan saling membantu – jika kita dalam kesusahan, segala masalah dapat diselesaikan
- Rakan dapat membantu dalam meningkatkan prestasi pelajaran – rakan yang pandai membantu yang lemah, belajar berkumpulan – meningkatkan prestasi
Tuntasnya, ……………………….pilih rakan
dengan bijak, kerana rakan ketawa mudah dicari, rakan menangis sukar
dicari………………….
Faedah-faedah Membaca
Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.
Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.
Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung".
Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.
Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian.
Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.

Fakta:
Kebaikan-kebaikan Membaca
Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah
memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi
pada masa ini bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan
sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau
melalui internet.
Antara kebaikan membaca ialah
mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan
mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang
ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu
karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui.
Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih gramatis kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.
Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehari-harian.
Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca.
Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.

LAPORAN SUKAN
TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERENDAH
Pada hari (pilih hari apa) yang lalu, (nama
sekolah), telah mengadakan sukan tahunan sekolah. Acara bermula pada pukul
8:00 pagi bertempat di (lokasi). Pada pagi itu, kesemua
olahragawan beratur mengikut rumah masing-masing untuk masuk ke
padang. Kami berkawad kaki mengikut rentak muzik. kami memberikan tabik
sebagai tanda hormat kepada guru-guru dan ahli PIBG. Sejurus selepas
itu, Ketua Kontinjen dikehendaki membaca ikrar. Pengerusi PIBG
turut dijemput berucap dan merasmikan temasya sukan tersebut.
Selepas itu bermulalah acara. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara 100m,200m,400m,4x100m. Selain itu, acara lontar peluru,lompat tinggi,lompat jauh dan tarik tali turut dipertandingkan. Pengerusi PIBG dan Guru Besar Sekolah (nama sekolah) serta beberapa orang ahli Jawatankuasa Temasya Sukan juga dijemput untuk menyampaikan pingat dan hadiah kepada semua pemenang. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada pemenang.
Sebelum acara berakhir, guru besar mengumumkan keputusan temasya sukan pada hari tersebut. Johan keseluruhan bagi acara sukan tahunan sekolah jatuh kepada rumah Kuning, Naib Johan pula disandang oleh rumah Biru manakala rumah Merah mendapat tempat ketiga. Olahragawati ialah (nama orang) dari rumah Kuning,manakala olahragawan pula ialah (nama orang) juga dari rumah Kuning.
Akhirnya, guru besar mengumumkan cuti sehari pada hari ........ iaitu pada tanggal (tarikh) .Sebelum pulang, guru besar meminta semua murid membersihkan padang .Guru besar juga mengucapkan tahniah kepada pemenang dan memberikan nasihat kepada peserta yang kalah.
Disediakan oleh, (tarikh : huruf besar)
…………………………
(SUFI WAJDI BIN MUHAMAD FUZI),
Setiausaha sukan,
Sekolah Kebangsaan Serendah
Laporan Hari Kantin Sekolah Menengah
Kebangsaan Raja Mahadi
Pada
25 April 2012 bersamaan hari Sabtu, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja
Mahaditelah mengadakan Hari Kantin kali ke-21. Hari Kantin itu diadakan di
kantin dan kawasanpersekitaran sekolah. Hari Kantin telah bemula kira-kira pada
pukul 9.00 pagi.Hari Kantin telah dirasmikan oleh Presiden PIBG, Tuan Haji Azmi
bin Mansur. Tujuan HariKantin ini diadakan untuk mengumpul dana dan melatih
murid berniaga dengan cara yangefektif. Dana tersebut untuk membeli komputer
bagi kegunaan pusat sumber sekolah RajaMahadi. Selain itu, wang yang berjaya
dikumpul akan digunakan untuk membaik pulihkemudahan
dan menceriakan kawasan sekolah.Beberapa hari sebelum Hari Kantin
berlangsung, guru-guru, ahli jawatankuasa PIBGserta murid-murid begitu sibuk
membuat persiapan. Antaranya, menyediakan bahan-bahan jualan, meyusun atur
dan menghias gerai-gerai jualan untuk menarik perhatian orang ramai.Semua
berganding bahu melaksanakan tugas masing-masing demi memastikan kejayaan
HariKantin tersebut.Sebanyak 20 buah gerai telah dibuka untuk mengadakan
jualan. Selain pelbagai jenismakanan dan minuman dijual, turut diadakan
pertandingan teka kacang, rumah hantu, dansebagainya. Sebagai menarik perhatian
para pengunjung, cabutan nombor bertuah turutdiadakan. Berbagai-bagai hadiah
menarik telah disediakan.Kehadiran para ibu
bapa dan murid-murid sungguh memberangsangkan. Ini mungkindisebabkan
promosi yang meluas dilakukan oleh guru-guru melalui kertas edaran dangantungan
sepanduk. Para pemilik gerai sibuk melayan para pelanggan yang datang.Hari
Kantin itu telah berakhir pada pukul 5.00 petang. Sebelum bersurai, guru-guru
danmurid-murid bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Secara
keseluruhan, HariKantin telah berjaya mencapai sasarannya.
Disediakan oleh, 12
Mei 2012 ___________
(Ssharvien Kumar)
Murid Tingkatan 3 Kemahiran 1,
SMK Raja
Mahadi
LAPORAN GOTONG ROYONG
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan
aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini telah melibatkan
murid-murid, ibu bapa dan guru-guru. Tujuan mengadakan aktiviti ini adalah
untuk membersihkan kawasan sekolah dan mengeratkan hubungan antara murid-murid,
ibu bapa dan guru-guru.
Pada pukul 7.30 pagi, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru turut berkumpul di padang sekolah. Guru Besar telah memberikan taklimat ringkas kepada kami. Selepas taklimat, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Selepas dibahagikan kumpulan, kami pun beratur untuk mengambil alatan yang digunakan untuk bergotong-royong. Alatan yang digunakan untuk membersihkan kawasan sekolah ialah penyapu, cangkul, sabit, kain buruk, baldi, cat, berus dan sebagainya.
Setelah mengambil alatan yang digunakan, kami pun memulakan tugasan masing-masing dengan bersemangat. Saya dan rakan sekelas saya menyapu daun-daun kering. Murid-murid yang lain pula mencuci longkang dan mengutip sampah sarap. Ibu bapa dan guru-guru bertugas mengecat dinding dan memotong rumput. Ada juga yang menanam pokok bunga di persekitaran sekolah.
Bagi murid-murid Tahun 1 dan 2 pula bertugas menyapu lantai di dalam kelas. Ada yang mengelap tingkap dan ada yang memadamkan papan hitam. Selain itu, mereka juga menyusun meja dan kerusi di dalam kelas.
Pada pukul 12 tengah hari, semua kerja pun telah selesai. Pihak kantin telah menyediakan jamuan ringan untuk kami. Kami rehat sambil menjamu selera di kantin. Di samping itu, Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada kami dan memuji kami rajin dan bekerjasama.
Selepas menjamu selera di kantin, kami pun pulang ke rumah dengan gembira. Kami berasa bangga kerana sekolah kami menjadi bersih dan cantik.

Disediakan
oleh,
(tarikh : huruf besar)
…………………………
(SUFI WAJDI BIN MUHAMAD FUZI),
Setiausaha sukan,
Sekolah Kebangsaan Serendah
…………………………
(SUFI WAJDI BIN MUHAMAD FUZI),
Setiausaha sukan,
Sekolah Kebangsaan Serendah