Khamis, Julai 30, 2009

METRO 30.7.09 - SK SERENDAH PULA DITUTUP

SK Serendah pula ditutup

HULU SELANGOR: Sekolah Kebangsaan Serendah di sini menjadi sekolah pertama di daerah ini ditutup seminggu selepas terbabit dengan penularan wabak Influenza A (H1N1).

Notis Perintah Tutup yang dikeluarkan Pejabat Kesihatan Hulu Selangor itu mengarahkan sekolah terbabit ditutup bermula jam 9 pagi semalam sehingga 4 Ogos.

Arahan itu dikeluarkan atas alasan keadaan mungkin menyebabkan bermula atau merebaknya wabak kepada orang ramai.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Ariffin Abd Manaf, berkata penularan wabak itu dikesan berlaku sejak Isnin lalu apabila terdapat seorang murid pengsan ketika majlis perhimpunan mingguan.

Katanya, sejurus selepas itu seramai 114 murid mengadu menghidap demam dan selesema dikuarantin dalam sebuah bilik khas.

Selasa, Julai 28, 2009

H1N1- MEMBIMBANGKAN

Hari ni Qayyim & Wajdi tak pegi sekolah. Khabarnya smlm seramai 60 org pjar dikumpul utk menjalani pemeriksaan kesihatan berkaitan suspek H1N1. Pihak sekolah tlah memberi cuti 1 minggu bermula esok. sebagai langkah berjaga-jaga. Ini membimbangkan.

QUNUT NAZILAH - PENOLAK BALA BENCANA


Qunut Nazilah

Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat
yang khusus sewaktu berdiri.
Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat
dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh
dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan
Ramadhan.
Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana
atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang
dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi
dengan cubaan-cubaan seperti ini.
Bacaan Qunut Nazilah di zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam
Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan
beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan
hadis ;
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut
pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabatsahabatnya
penghafaz-penghafaz al-Quran.
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

#####Tatacara Bacaan Qunut Nazilah#####
>>1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika
kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.

Maksudnya: Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata : "Demi
Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah
S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan
Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan
memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".

Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu `anhu meriwayatkan bahawa
sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau
berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang.
Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata
“Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.

>>2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat
terakhir.
Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik
tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata
samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku
berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku
bahawa engkau memberitahunya selepas rukuk. Anas berkata dia
berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk
selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang
dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum
mushrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W
(mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh
Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama
sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.

>>3. Lafaz doa qunut nazilah adalah seperti berikut:

Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan
Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.”

>>4. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.

>>5. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan
diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

>>6. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia
ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak
dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk
berdasarkan hadis:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa
qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan
sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

SUMBER JAKIM

Isnin, Julai 27, 2009

Usaha, doa dan tawakal.

Semoga wabak yang melanda berakhir.
Antara doa yang boleh dibaca ialah sebagaimana berikut :
اللهم اكشِفْ عَنِّي الوباء والبلاء والفحشاء ما لا تكشفُ غيره
(Ya Allah, lindungilah aku dari wabak penyakit, bala bencana dan sebarang kekejian yang tiada perlindungan selain-Nya.

Doa ini sebagai satu cara dan usaha untuk kita mohon perlindungan dari sebarang wabak penyakit. Meskipun begitu, Rasulullah pernah menyarankan agar kita tidak keluar dari tempat yang kena wabak dan tidak masuk ke tempat yang terkena wabak.

doa elak wabak penyakit


Sebagai seorang Islam, saya yakin, senjata terkuat untuk mencegah penyakit ini adalah dengan DOA. Doa adalah ubat yang telah diajarkan oleh Rasulullah saw dan hakikatnya ia adalah penawar yang diberikan oleh Allah swt kepada kita.

Pada hari ini, saya ingin kongsikan satu doa, yang saya peroleh daripada laman web Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam. Sebahagian daripada doa ini bersumber daripada ayat al-Quran, manakala sebahagian lagi didapati daripada hadis Rasulullah saw.


Ertinya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau ya Allah! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya), sesungguhnya akau adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (3 kali)

Kami berlindung dengan (kebesaran) kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan yang ada. (3 kali)

Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat bersama namanya apa yang ada di bumi juga di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (3 kali)

**Imej doa yang dipaparkan di kurang lengkap sebenarnya, ada sambungan lagi. Bismillahillaazi laa ya dhurru ma’as mihi syaiun fil ardhi … (sambungannya) wa laa fis samaai wa huas samiiu’l a’liim (3x)

Berdoalah pada waktu-waktu yang mustajab doa, seperti setiap kali selepas solat fardhu atau selepas bacaan yaasin pada waktu pagi.

InsyaAllah, mudah-mudahan Allah lindungi kita daripada bala dan melindungi kita daripada terkena penyakit wabak.

Amin..amin..Yaa Rabbal a'lamin

Ahad, Julai 26, 2009

naib johan hafazan

Qayyim telah mendapat tpt kedua pertandingan hafazan.Salah satu acara tahunan AMAL ISLAMI DI SEKOLAH AGAMA QIRAAT DAN TAHFIZ ANNUR. Gambar x dapat letak kat sini sbb masalah teknikal dengan kamera. Semoga minat dalam bdg hafazan berterusan.

Rabu, Julai 22, 2009

Kedatangan Syaaban - 1430H


Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


FADHILAT SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

© Jabatan Mufti Melaka

BONE CHINA - WASPADA!!!





CAP minta umat Islam waspada beli seramik campuran haiwan haram

KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu berwaspada apabila membeli pinggan mangkuk dan perkakasan makanan seperti cawan dan piring daripada seramik kerana ada jenama tertentu mengandungi campuran tulang haiwan, termasuk tulang babi.

Tinjauan di beberapa gedung beli-belah di ibu negara mendapati tiada label diletakkan bagi memaklumkan pengguna bahan campuran digunakan untuk menghasilkan perkakasan itu.

Berbanding dengan kedai kasut yang biasanya meletakkan label 'kasut diperbuat daripada kulit babi' di ruang jualan, peniaga yang menjual pinggan mangkuk mengandungi campuran tulang haiwan tidak memaklumkannya kepada pembeli.

DIPETIK DRPD BHARIAN. 22/7/2009

SILA RUJUK
*** 1- BONE CHINA - HARAM?

*** 2-bolehkah kita menggunakan pingganmangkuk bone china

Ahad, Julai 19, 2009

PERISTIWA ISRA' MIKRAJ





ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH...
Pada setiap tanggal 27 Rejab tiba , kita akan selalu teringat suatu peristiwa yang sangat luarbiasa , yang terjadi sejak 15 abad yang silam, iaitu peristiwa perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. di waktu malam dengan menaiki buraq dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, terus naik ke langit ke tujuh sampai ke Sidratul Muntaha. ,peristiwa ini lebih dikenali dalam masyarakat kita hari ini iaitu ‘ Peristiwa Isra’ dan Mikraj”

Hebatnya peristiwa ini sehingga mengundang sebahagian dari kaum Muslimin setiap pelusuk negara kita memperingatinya dengan mengadakan pelbagai kegiatan khususnya di masjid-masjid, surau-surau, sekolah atau pusat pengajian tinggi dan sebagainya semata-mata untuk meraikan sambutan peristiwa bersejarah ini.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj terjadi Cuma sekali sepanjang sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w. Satu setengah tahun sebelum berhijrah ke Madinah perkara yang berlaku ini terjadi kepada diri seorang manusia maksum dan sungguh luarbiasa sehingga tidak semua orang meyakini kebenarannya , kecuali orang yang benar -benar beriman, yang mendapat hidayah dari Allah s.w.t.

Bagi orang yang beriman kepada keesaan Allah dan hari Kiamat, ia menerima dengan hati yang terbuka dan pasrah, diterima kerana merupakan satu perkara yang logik,apatahlagi peristiwa itu dihubungkan sebagai salah satu mukjizat Nabi Muhammad s.a.w., maka tidak ada masalah yang perlu diragui. Yang jelas kebenaran peristiwa ini tidak mesti sesaui dengan hukum alam dan logik akal manusia, tanpa juga mempercayai secara jasad dan roh, kecuali setelah diperoleh bekas-bekas yang nyata dari peristiwa tersebut. Kita juga mesti beiman deng Isra’ dan Mikraj iaitu ada perintah kewajipan menunaikan solat lima waktu. Kewajipan inilah yang menjadi pokok keimanan dan hendaklah dikerjakan bersungguh-sungguh serta tidak meninggalkannya.

Semasa perjalanan Nabi Muhammad bersama Jibril menuju ke Sidratul Muntaha mereka bertemu dengan para nabi terdahulu di setiap langit seperti Nabi Adam, Nabi Yahya dan Nabi Isa, Nabi Yusuf dan Nabi Idris alaihima salaam, Nabi Harun , Nabi Musa dan Nabi Ibrahim. Kemudian meneruskan perjalanan sampai ke suatu tempat yang bernama ‘Sidratul Munhata’ iaitu suatu kumpulan bintang -bintang terakhir dan tertinggi , letaknya sangat jauh di luar ‘ susunan tujuh langit’ yang disebut tadi, kemudian meneruskan perjalanan lagi ke suatu tempat bernama ‘Baitul Makmur’ suatu kumpulan bintang sesudah Sidaris ( Sidratul Muntaha).Di tempat inilah Nabi Muhammad menerima perintah wajib solat yang pada mulanya perintah itu sebanyak 50 kali sehari semalam. Tetapi atas nasihat Nabi Musa, Nabi Muhammad memohon kepada Allah agar dikurangkan , kerana beliau khuatir kalau-kalau umatnya tidak mampu melaksanakannya kelak. Allah s.w.t. mengurangkan sampai 5 kali sehari semalam.

Hikmah dan tujuan utama peristiwa Isra’ dan mikraj adalah agar umat Islam mewujudkan hubungan dengan Allah yang juga disebut dengan istilah ‘Solat”, sebagai suatu ibadah utama yang wajib dikerjakan 5 kali sehari semalam, sesuai dengan tata cara dan tata tertib yang digariskan oleh Rasulluh s.a.w. pada masa hayatnya yang diterima secara langsung bukan sebagaimana biasa melalui wahyu.

Ia juga sebagai memperlihatkan kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t, dimana waktu itu bangsa Arab masih banyak yang mengingkari kebenaran ajaran Allah yang disampaikan nabi untuk , menjelaskan kejadian in adalah suatu pekerjaan yang berat supaya mereka dapat meyakini dam mengerjakannya secara ikhlas, semestinya keadaan itu disertai dengan peristiwa luar biasa yang disebut sebagai mukjizat.

Antara sebahagian kejadian yangditunjukkan kepada nabi dimana semasa baginda manjalani peristiwa ini, manusia diazab dengan cara memotomg lidah sendiri kerana dosa yang dilakukan semasa hidup didunia disebabkan terlalu suka mengumpat, mencela dan mencaci orang lain, Rasulullah juga ditunjukkan bagaimana seorang yang mengangkat kayu api walaupun dia sudah tidak mampu memikulnya dia masih menambah beban itu sehingga membinasakan dirinya sendiri. Keadaan ini tidak terkecuali masih terjadi dalam masyarakat kita dengan menerima bebanan amanah sedangkan mereka sudah tidak mampu memikulnya. Begitu juga diperlihatkan kepada beliau terhadap mereka yang mengingkari, serta tidak mahu melaksanakan sembahyang dengan dirantai dengan besi yang dinyalakan api melingkari tubuh mereka dan betapa siksanya mereka ketika itu.

Yang menjadi agenda utama sempena peristiwa ini adalah perintah wajib sembahyang lima waktu sehari semalam, baik untuk peribadi nabi s.a.w. mahupun untuk umatnya dengan waktu yang telah ditetapkan….

Betapa pentingnya sembahyang di dalam kehidupan seseorang Muslim , maka marilah kita tanamkan pendidikan Islam secara umum dam pendidikan agama secara khusus kepada anak-anak kita . Kita mesti ada perancangan terutama yang berkaitan masa depan anak-anak dengan dibekalkan mereka dengan pengajaran agama, supaya nanti mereka tidak lupa dan salah faham mengenai agama Islam, tidak lagi yang tidak tahu Rukun Islam dan Rukun Iman dan ia akan menyedarkan mereka untuk menguasai seluruh kehidupan dengan amalan baikdan sempurna.

Jadikan pengajaran dan iktibar dari peristiwa Isra’ dan Mikraj sebagai langkah untuk membersihkan serta membentuk sahsiah diri kita dengan kembali ke jalan Allah dan meninggalkan perbuatan keji yang sia-sia.

Dipetik dari ‘Khutbah Jumaat khas sempena Isra’ dan Mikraj bertajuk menguji iman melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj terbitan JAIS

Jumaat, Julai 17, 2009

TAKZIAH BUAT AMY...

SEMUA RAKAN DI SMK SERENDAH MENGUCAPKAN TAKZIAH KPD CIKGU AMELIA DIATAS KEHILANGAN BAYI YANG DINANTIKAN. BARU BERUSIA TUJUH BULAN DALAM KANDUNGAN. INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN...

BALIK KAMPUNG...MAIN TARIK UPIH



REZEKI ALLAH S.W.T



Sahabat-sahabat sekalian.....

* SETIAP makhluk di muka bumi dijamin mendapat habuan rezeki masing-masing. Ia terkandung di dalam Surah Hud, ayat 6 bermaksud, "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk melata di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung (menjamin) rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan)".

* Dalam satu hadis lain riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas ra, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud, "Sesiapa memperbanyakkan istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."

* Baginda mengingatkan bahawa, "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa untuk kedua-dua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami).

* Amalan kebajikan lain yang mampu 'menarik rezeki' ialah perbuatan bersedekah. Rasulullah pernah bersabda kepada Zubair bin al-Awwam bermaksud: "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya".

* Banyak lagi amalan murni yang diajar junjungan besar Nabi Muhammad ke arah penyuburan rezeki termasuk membanyakkan selawat ke atas baginda, berpagi-pagi dalam mengerjakan urusan mencari rezeki. sentiasa beribadat malam (tahajud), membiasakan diri sentiasa dalam keadaan berwuduk, berzikir, berdoa dan membaca al-Quran.

Sekian. Wassalam

Khamis, Julai 16, 2009

KUTIP RAMBUTAN

REZEKI DARINYA....MUSIM BUAH...JOM BALIK KAMPUNG!!!



WAJDI DAH KELETIHAN KUTIP RAMBUTAN

KUTIP RAMBUTAN KAT KEBUN TOK DI GURUN

ABAH TENGAH MEMETIK RAMBUTAN

BALIK KAMPUNG UMI -DI KEDAH


JOM TANGKAP IKAN!!!


SAWAH NAN LUAS TERBENTANG


JOM KE BENDANG


QAYYIM & WAJDI DENGAN NEK

Selasa, Julai 14, 2009

FADHILAT MEMBERI SALAM



Assalamualaikum warahmatullah...
apa khabar abang-abang,adik-adik dan juga kakak-kakak sekalian...
moga sentiasa dibawah keredhaan,keberkatan dan naungan ALLAH subhanahu wata'ala...
ana akan menceritakan kelebihan memberi salam melalui hadith berikut...

Iblis menangis bila orang memberi salam...

Sabda Nabi: "Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri"

Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga".

Sabda Rasulullah SAW.:"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia."

Lalu bertanya pula sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?"

Sabda Rasulullah saw: "Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Bertanya para sahabat: "Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?

"Sabda Rasulullah saw.:"Akan aku terangkan kepada kamu semua:

1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.

3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.

4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sabda Rasulullah saw:"Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab."

Ibnu Abbas ra berkata: "sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: "Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya".

p/s: mari la kita rajin2kan diri utk memberi salam bila berjumpa ngan sesama muslim...semoga mendapat rahmat ALLAH swt.. Aamminnn...

UKHWAH FILLAH

RIYADHUS SALIHIN - IMAM NAWAWI RAHIMAHULLAH

Ayahanda pengetua Hj Saballah sarankan guru2 beli kitab ni. Boleh baca. So Ummuqayyim nak petik sikit kandungan kitab Riyadhus Salihin.

NIAT IKHLAS

Firman ALLAH yang bermaksud : Pada hal mereka tidak diperentahkan melainkan supaya menyembah ALLAH dengan mengiklaskan ibadat kepadanya, lagi tetap teguh diatas tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar. (Al-Bayyinah 5)

Daripada Umar BIn Alkhattab r.a berkata : Aku telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda : Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang di niatkan. Maka barang siapa hijrah kepada Allah dan rasulnya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya. Dan barang siapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu. (Bukhari, Muslim)

Pentingnya niat bagi membezakan sesuatu itu beroleh pahala atau sia-sia

Isnin, Julai 13, 2009