Isnin, Disember 14, 2009

BILA AL QURAN MULA BERSUARA

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
Dipetik drpd; Tazkirah harian

KUDA FARMVILLE







Rabu, Disember 09, 2009

TOYS MUSEUM

TOYS MUSEUM sesuai untuk kanak2. menarik utk dilawati. mempamirkan lebih puluhan ribu karektor karton.












Selasa, Disember 08, 2009

PARADISE Sandy Beach Resort, Tanjung Bunga, Penang

Paradise sandy beach, tempat penginapan 3h 2mlm Mandi pantai dulu, lepas ni baru mandi kolambersama sepupu mereka


Mandi kolam. Main Puas2. Sementara menunggu Abahnya sedang berseminar.



Umi join sekali bawa Imtiyaz pegi tempat dalamKanak2 dilarang masuk kolam ni. tp diorang nak jugak.



Kompleks sukan MPSP

Imtiyaz bermain kat komplek sukan MPSP. Dekat ngan rumah tok depa. Best jugak. tak perlu pegi jauh2. Bayar cuma sorang RM1.
Udin n Qayyim beraksi


Tiyaz kejit mata kat sapa tu?
Abahnye pun join sekali.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN KHATAM ALQURAN SEK TAHFIZ & QIRAAT SERENDAH

Qayyim dan Wajdi menerima hadiah pada Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Agama Qiraat dan Tahfiz. Qayyim mendapat tempat ketiga bagi Tahun 3 2009


Wajdi Yang juga mendapat tempat Ketiga bagi Tahn 1 2009


Imtiyaz dan Hana

Qayyim dan kawan2 yg turut mendapat anugerah.
TAHNIAH BUAT ANAK-ANAKKU
KESUNGGUHAN MEMBUAHKAN KEJAYAAN....

Jumaat, November 13, 2009

TANDA-TANDA MATI HUSNUL KHATIMAH

Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah.
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?
Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.
Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”
Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.
Semoga kematian kita dalam husnul khatimah.

sumber : www.hmetro.com.my

Ahad, Oktober 25, 2009

AGENDA MUSLIM SELEPAS RAMADHAN

Di petik dari Blog Pandangan Muhamad Razak Idris
Tersiar di Berita Harian: 7 Oktober 2009

Umat Islam masih bergembira menyambut Aidilfitri setelah menunaikan ibadah puasa. Persoalan yang perlu dibicarakan sekarang ialah apakah agenda seorang Muslim selepas Ramadan? Hal ini penting ditelusuri kerana beberapa faktor. Pertama, ibadah berpuasa tidak harus dipandang secara terpisah daripada ibadah lain. Ini kerana ia mempunyai kesinambungan daripada misi keseluruhan ibadah di dalam Islam. Kedua, perbincangan mengenainya akan memberi peringatan berterusan kepada umat Islam iaitu kejayaan melaksanakan ibadah berpuasa tidak bererti mereka sudah memenuhi keseluruhan maksud ibadah yang sebenar.
Ibadah berpuasa mempunyai kesan atau implikasi sosial yang penting di dalam rangka menjayakan cita-cita besar agama Islam di muka bumi ini. Apakah cita-cita besar agama Islam dan kaitannya dengan ibadah berpuasa? Sekiranya ditelusuri, cita-cita besar agama Islam ialah mengembalikan masyarakat kepada aturan hidup yang berasaskan kejadian fitrahnya. Bagi tujuan itu, ibadah berpuasa adalah salah satu proses yang perlu dilalui bagi mencapai cita-cita besar ini.
Sebagaimana yang dibahaskan oleh banyak tulisan, pelaksanaan ibadah puasa secara sempurna oleh seseorang Muslim akan memberi kesan besar di dalam mengembalikan diri kepada fitrah kejadiannya. Ibadah puasa ialah satu bentuk latihan kerohanian bagi membangunkan jiwa yang kental.
Sepanjang sebulan yang lalu, kita dilatih menahan diri daripada terjebak di dalam perbuatan yang bertentangan dengan aturan fitrah kehidupan. Di dalam perspektif agama, aturan fitrah ini dikenali sebagai syara’. Apabila seseorang itu dapat mengatur perjalanan hidupnya berasaskan syara’, ia bererti seseorang itu telah mengembalikan dirinya kepada kehidupannya yang fitrah. Keupayaan kembali kepada fitrah adalah suatu kemenangan besar dari sudut kerohanian. Menerusi pandangan ini, sambutan Aidilfitri adalah sebahagian daripada manifestasi perayaan kemenangan diri insan kembali kepada fitrah kejadiannya.
Namun, apakah pula tugas dan peranan seseorang individu Muslim selepas berjaya mengembalikan dirinya kepada aturan fitrah kejadiannya? Sudah tentu mereka harus berusaha sedaya upaya pula untuk mengembalikan masyarakat dan kehidupan persekitarannya kepada aturan fitrah juga. Ia bererti seseorang Muslim itu hendaklah membabitkan diri di dalam memperbaiki dan memperbaharui masyarakat agar berada di dalam suatu aturan hidup yang disandarkan kepada hukum sosial dan alam yang bersifat sejagat.
Agenda mengembalikan masyarakat kepada aturan fitrah yang dimaksudkan adalah cita-cita dan misi utama penurunan agama Islam di muka bumi ini. Cita-cita bagi merealisasikan agenda ini diamanahkan kepada para nabi terdahulu. Kini, amanah ini menjadi tugas dan tanggungjawab kita semua sebagai warga umat Islam. Di dalam sejarah awal perkembangan Islam di Makkah, agenda mengembalikan masyarakat kepada aturan fitrah terjelma di dalam usaha dakwah Nabi Muhammad SAW memperbaiki dan memperbaharui masyarakat Arab pada waktu itu yang terjebak dengan penyelewengan daripada aturan fitrah kehidupannya.
Fenomena penyelewengan daripada aturan fitrah ini dapat dilihat dalam aspek pencemaran dari sudut kepercayaan dan perleluasaan budaya hidup yang meruntuhkan. Amalan menjadikan berhala sebagai jelmaan tuhan yang disembah dan pemecahan masyarakat berasaskan warna kulit dan darjat kaum atau kabilah adalah antara contoh penyelewengan aturan fitrah yang dialami masyarakat Arab. Proses mengembalikan semula masyarakat daripada fenomena penyelewengan ini kepada aturan fitrah dianjurkan Islam menerusi pengenalan semula prinsip kepercayaan yang lurus menerusi konsep Tuhan yang Esa atau ‘Tauhid’ dan mempertegaskan konsep perhubungan sosial bersandarkan prinsip kesaksamaan sesama manusia atau juga dikenali sebagai ‘Ummah’.
Dua konsep ini menjadi sebahagian tema utama dakwah dan misi kerasulan Nabi Muhammad kepada masyarakat Arab secara khusus dan umat manusia seluruhnya. Pada masa kini, tugas mengembalikan masyarakat kepada aturan fitrah bertambah kompleks dan mencabar. Penyelewengan manusia daripada aturan fitrahnya meliputi segenap aspek seperti pemikiran, kebudayaan dan perhubungan sosial.
Masyarakat dunia kini terdedah dengan pelbagai aliran berfikir dan ideologi. Sebahagiannya seperti ajaran sesat dan pemikiran dan cara hidup bebas boleh memberi mudarat kepada aturan fitrah kepercayaan serta kefahaman manusia mengenai Tuhan dan kehidupan. Penyelewengan aturan fitrah juga tergambar di dalam permasalahan perbezaan taraf hidup yang melampau antara golongan kaya dan miskin. Kedapatan sesetengah masyarakat yang masih kekurangan sumber makanan dan peluang pendidikan manakala sesetengah yang lain bermewah dan berlebihan.
Keadaan yang sama juga dapat dilihat di dalam hubungan perseteruan antara kaum dan negara yang masih lagi berleluasa. Dunia hari ini masih lagi belum kesepian daripada masalah peperangan dan penjajahan. Dari segi kelestarian kehidupan, dunia kini sedang berdepan ancaman perubahan cuaca. Iklim dunia sudah tidak menentu lagi. Kerakusan manusia terhadap sumber alam menyebabkan peningkatan bencana alam seperti banjir, ribut dan gempa bumi yang melampau.
Kesemua ini adalah antara contoh permasalahan dan cabaran kehidupan moden yang menuntut pembabitan langsung umat Islam bagi proses pembaikan dan pembaharuan. Ia sebahagian fenomena ketergelinciran kehidupan manusia daripada aturan fitrah kejadiannya. Oleh kerana itu, tugas mengembalikan semula masyarakat kepada aturan fitrah adalah agenda terbesar ibadah bagi setiap Muslim.
Semoga kita semua sudah bersedia terutama dari sudut ketahanan diri dan kekentalan jiwa setelah berjaya melepasi latihan rohani menerusi ibadah berpuasa sebulan yang lalu. Marilah kita menyumbang usaha dan tenaga di dalam batas keupayaan yang kita miliki bagi menjayakan agenda dan misi besar agama Islam ini kepada seluruh masyarakat manusia di muka bumi ini.

ulangtahun kelahiran Sufi Wajdi ke - 7



Sambutan ulangtahun kelahiran Sufi Wajdi yg Ke-7.
celebrate birthday sekali ngan Qayyim semasa Majlis Rumah Terbuka Syawal 2009



Imbas kembali sambutan hari lahir Wajdi yg ke-6 semasa Syawal 2008.

Rabu, September 30, 2009

AKUSTIK @ ACAPELLA - THE CONCERTO OF LIFE

PROJEK HOMESTAY UMI DI SUNGAI PETANI 2011

  • 5min ke Hospital Besar
  • 7min ke The Carnival - Taman Tema air
  • 10min ke Bandar Sg Petani(Butik Ariani, Hajaba,Jakel dll)
  • 7min ke TESCO
  • 7min ke Bandar HPA
  • Depan playground


ACAPELLA VS PENCINTA

RUMAH ADIK.
SELAKU PENGURUS PROJEK HOMESTAY UMI NANTI.

Isnin, September 28, 2009

SYAWAL YANG PENUH MAKNA


24 SEPTEMBER 2009 - ULANGTAHUN KELAHIRAN QAYYIM YANG KE 9.
POTONG KEK KAT RUMAH PAKSU BADRI DI KULIM.


ZIARAH TOKNGAH ADIK TOK DI KARANGAN,KULIM




HARI RAYA KE-5. SEMUA BERSIAP NAK KE PENANG
AISYAH JGN NGAMUK TAU. NAK PI RAYA NI!!!





RADIX FRIED CHICKEN - RFC SETANDING KFC.
BERAYA KE RFC, SG PETANI PD MLM RAYA KE-5




ANAK PERTAMA ABANG UMI - AISYAH HUMAIRA

KESIAN KENA TINGGAL





BELUM SAMPAI PUNCAK. DAH PENAT. JOM TURUN.


MASIH BERTENAGA.

UMI DAN IMTIYAZ DAH TAK DAYA NAK MENDAKI.

BELUM TAWAN PUNCAK GUNUNG JERAI LAGI.

REHAT SEBENTAR

MENDAKI GUNUNG JERAI PADA HARI RAYA KE-4

MENZIARAHI TOK YANG SEDANG SAKIT DI RUMAH MAKCIK DI KODIANG. BUAT PERTAMA KALINYA TOK TAK DAPAT BERPUASA & BERAYA DI RUMAH SENDIRI.RASA TAK SERONOK TOK TAK DE KAT RUMAH. SEMOGA CEPAT SEMBUH.

HERO KAMPUNG DUSUN. DI KODIANG,KEDAH. MENZIARAHI TOK UMI YANG SEDANG SAKIT

BERAYA DENGAN SEMANGAT PATRIOTIK. TAK DE BOLA, BUAH NYIOK PUN JADI LA...

BERKUNJUNG KE RUMAH WARISAN TOK SUAMI





PAKLONG AZIZ, MAKLONG FAUZIAH, NASRUL & NADIR ....KAK IPAH MANE???

KAMI SEKELUARGA

CIK POJIAH, PAKCIK RADHI & ANAK SEDARA

PAKSU ZAM, MAKSU IDA ,UDIN & IZZAT


PETANG RAYA. JOM POSING. DUIT RAYA DAH BANYAK KE?

WAJDI BUAT KELAKAR DIA CAKAP NI KUBUR MICHEAL JACKSON. TAK TAHU PUSARA SAPA?



MENZIARAHI PUSARA






SEMBAHYANG RAYA DI MASJID BANDAR PERDA. BUKIT MERTAJAM





BAKAR LEMANG KAT RUMAH TOK. DEPA DAH KELETIHAN NAK MENGHABISKAN PUASA TERAKHIR RAMADHAN TAHUN INI.




RAYA KELIMA DI KAMPUNG PADANG LUMAT,GURUN, KEDAH. KAMPUNG UMI

PETANG 1 SYAWAL DI KAMPUNG BARU ALMA, BUKIT MERTAJAM, P.PINANG. KAMPUNG ABAH